Sesetengah orang mengatakan yang kutipan sampah di Ipoh bergantung pada alamat atau poskod rumah kediaman.
Jadi, jika kediaman anda di Jalan Tambun, Jalan Gopeng, Jalan Lumba Kuda, Tiger Lane atau Jalan Thomson, maka kutipan sampah dilakukan secara teratur, longkang tepi jalan tidak ada tumbuham rumput atau pokok renek di dalamnya, dan sesiapa pun tidak di benarkan membuang sampah di tepi jalan (fly-tippers).
Tetapi kalau anda duduk di Buntung, Bercam, Chemor, Ipoh Garden East atau beberapa lagi kawasan yang di gelarkan kawasan biasa, maka sampah bertaburan di tepi jalan, kerana jadual kutipan sampah, oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak tertentu.
Apabila sampah makin tambah tiap-tiap minggu, maka lalat, anjing dan tikus akan berbiak dan meraja lela dalam sampah itu, mencari makanan dan sebagai nya. Lagipun, botol atau tin kosong akan bertakong air dan nyamuk akan membiak dalam nya.
Kesemua ini merbahaya dari segi kesihatan dan kebersihan.
Sila tengok gambar yang membandingkan sampah di kawasan mewah dan kawasan biasa.
Isu kutipan sampah bukan saje di bandaraya Ipoh tetapi terdapat juga di bandar kecil, dan kampung. Mengapa?
Mengapa tiada sesiapa yang mengakui bertanggung jawab tentang kutipan sampah di semua kawasan ini?
Apa kata anda?
Kawasan biasa yang terbiar
Jalan Bercam
Jalan Chemor
Laluan Bercam 12
Ipoh Garden East
Bercam
Bercam
Kawasan yang di pelihara
Lorong Rani
Lorong Thomson
Kami menyeru pihak MBI supaya kutipan sampah di semua kawasan di uruskan dengan sempurna.
Leave a Comment