Perkahwinan bawah umur adalah pedofilia yang disahkan negeri

Kalau anda seorang ibu, atau bapa, kepada anak perempuan yang berumur 11 tahun, sanggup kah anda mengahwini anak anda pada lelaki tua, yang ada dua isteri dan mempunyai anak2 yang sama umur dengan anak anda?

Sungguh ironis bahawa di abad ke-21 ini, kita melarang kanak2 buat ikut suka hati, tetapi sanggup pulak menikah gadis yang berusia 11 tahun, kepada lelaki tua yang sama umur dengan bapa, atau datok nya.

Kita kena tunggu 17 tahun, kalau nak membawa kereta. Kalau nak ada kredit kad, atau daftar untuk mengundi, kena 21 tahun. Kalau nak beli rokok, arak, atau pun enjoy dalam kelab malam, kena 18 tahun.

Siapa nak beritahu isteri muda, yang belum masuk umur, tentang datang haid? Suami tua nya?

Siapa nak ajarnya tentang memasak, menjaga bayi, dan mengurus rumah tangga? Suami tua tu?

Dari tahun 2010 hingga 2015, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, merekodkan 6,268 kes perkahwinan bawah umur untuk orang Islam.

Untuk orang bukan Islam, Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan 2,775 kes perkahwinan bawah umur, dalam tempoh yang sama.

Kita, sebagai orang dewasa yang berakal dan bertanggung jawab, mesti melindungi kanak2 dan pentingkan hak2 mereka, seperti menerima pendidikan di sekolah.

Kajian, dari segi kesihatan menunjuk yang remaja perempuan yang hamil, akan mengalami kesukaran semasa bersalin, sakit bersalin dan juga padar kematian yang tinggi, waktu melahirkan anak.

Jangan menjejas masa depan kanak2 perempuan yang kurang 18 tahun dan paksa mereka berkahwin.

Apa akan terjadi, bila suami tuanya, bosan dengan isteri muda dan nak kahwin lagi?

Isterinya tak berpelajaran. Macam mana nak dapat kerja yang lumayan? Siapa nak jaga anaknya?  Jangan harap suami gatal nak menanggung isteri dan anak. Berapa banyak dah kes penderitaan isteri atau ibu tunggal yang telah ditinggal?

Apa tindakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga?

Perkahwinan bawah umur patut di haramkan di Malaysia Baru.

 

 

Komen
0Shares

Leave a Comment