Malaysia berusia 62 tahun dan saya turut meraikannya Hari Merdeka.
Ada orang kata bahawa tidak ada perpaduan di Malaysia. Saya tidak setuju. Lihat sekeliling anda.
Sekiranya anda ingin melihat perpaduan, cari di jalan-jalan belakang, di tepi jalan raya, di kawasan perumahan atau di acara sukan.
Di bandaraya, terdapat orang miskin, yang tiada tempat tinggal. Lihat betapa rakyat Malaysia, melayu, cina atau india, tua dan muda, lelaki dan perempuan, pelajar, profesional, suri rumah tangga, ahli peniaga dan yang sudah bersara, datang beramai-ramai, secara suka rela, membantu memberi makanan pada mereka yang tidak kemampuan.
Dalam kemalangan jalan raya, atau kemarahan jalan raya, atau kes pergaduhan, orang ramai akan membantu menenangkan keadaan.
Mereka yang mengalami penderitaan, sepertu rumah terbakar, kecurian, atau bila seorang ahli keluarga jatuh sakit, akan dapat bantuan dari jiran mereka.
Acara sukan di mana Malaysia terlibat, juga mencerminkan perpaduan diantara pelbagai kaum.
Rakyat Malaysia yang meninggalkan negara ini, sama ada untuk bekerja, belajar atau hidup, tetap meraikan Merdeka. Mereka bangga menjadi duta Malaysia.
Memang ada ahli politik yang racis. Mereka mempunyai agenda mereka sendiri. Mereka gila kuasa, kerana dengan kuasa, datang kekayaan. Seperti lalat yang tertarik ke najis lembu, ahli perniagaan akan mengelilingi ahli politik, untuk menawarkan ganjaran mereka.
Pengikut racis ahli politik, telah di indoktrinasi selama lima dekad. Mereka terlalu bodoh, atau malas, untuk menyedari bahawa rakyat Malaysia yang bersatu dan teguh, akan membuat negara maju.
Jadi, anda mesti terus bersuara terhadap perkauman dan ekstremis agama. Islam tidak membezakan antara kaum, tetapi ahli politik salahgunakan agama untuk memecah belah kita.
Kita berasa bangga dan penuh patriotisme pada hari Merdeka.
Tetapi, jangan buatkan Merdeka sebagai hari yang hanya di raikan untuk perarakan di Dataran Merdeka, atau hari untuk terbang bendera, atau kesempatan untuk menonton bunga api.
Perpaduan dan sumbangan setiap kaum patut di lakukan, setiap hari. Bukan saja pada Hari Merdeka.
Merdeka adalah kerja yang masih berterusan (work in progress).
Kerajaan mesti jaga rakyatnya dengan sama rata.
Tiada mana kaum, yang lebih istimewa atau lagi kuat.
Mereka yang menghina orang lain dengan perbuatan ganas dan perkataan kasar yang menyakitkan hati mesti di humum. Kerajaan mesti sikap adil.
Kami lebih kukuh jika kita bekerjasama dan bersatu. Hanya dengan itu Malaysia dapat mencapai potensi ekonomi dan sosial yang sepenuhnya.
Jangan buang peluang untuk perpaduan.
Selamat Hari Merdeka
Leave a Comment