POS Lambat atau POS Laju? Salah Coronavirus atau pengurusan?

Ramai pengguna Pos Malaysia tidak setuju bahawa perkhidmatannya yang semakin merosot disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) Coronavirus yang menyebabkan gangguan servis, dan memaksa penutupan banyak pejabat pos.

Mereka berpendapat yang perkhidmatan Pos Malaysia sudah lama tidak memuaskan dan merosot, setelah Pos Malaysia diswastakan dan dikorporatikan.

Beberapa orang kata yang Pos Laju sepatutnya di namakan Pos Lambat, dan lebih cepat jika mereka jalan kaki dan menghantar surat atau dokumen sendiri, daripada menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.

Rakyat Malaysia telah menggunakan media sosial untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap penghantaran lewat Pos Malaysia, layanan pelanggan yang buruk dan pakej yang tidak sampai ke alamat yang di berikan.

Pada 14 Nov, Pos Malaysia mendesak orang ramai untuk bersabar, dengan mengatakan bahawa mereka mengalami banyak masalah dalam melakukan pengiriman memandangkan PKP Coronavirus.

Jun lalu, pihaknya mengeluarkan kenyataan yang sama bahawa pihaknya menghadapi lonjakan bungkusan, terutama di Malaysia Timur. Sebelum ini, pada bulan April, klip video menjadi viral di Twitter, menunjukkan barangan yang terkumpul di pejabat Pos Malaysia di KLIA.

Pelanggan kata yang barangan dan dokumen hilang dan tidak ada rekod, masih tersekat di pusat Pos Malaysia di KLIA, servis tracking yang tidak berubah, dan bungkus yang telah di buka tanpa izin.

Alasan kemerosotan Pos Malaysia tidak diterima oleh pelanggan. Keluhan mereka tidak dilayani olen perkhidmatan pelanggan mereka. Pekerja Pos Malaysia yang menjawab telefon atau e-mel sangat sopan, tetapi masaalah mereka tidak diselesaikan.

Ramai pelanggan menyuarakan pendapat mereka di media sosial bahawa pengurusan tertinggi Pos Malaysia harus diganti. Seorang pelanggan bertanya: “Apakah pihak pengurusan sedang tidur dan tidak jaga pekerja mereka? Bungkusan saya, yang dihantar dari Lumut dan menuju Pulau Pinang, mengambil masa dua minggu untuk sampai.”

Satu lagi pengguna berkata yang bungkusan pos dari kawan nya di Amerika telah di buka dan di tampal balik. Dia terpaksa bayar duti impot yang agak tinggi, dan dia hanya sedar yang beberapa benda telah di curi dari pakej nya, apabila dia dirumah.

Seorang peniaga yang terpaksa merombak perniagaannya semasa PKP Coronavirus, dan menjual produknya secara dalam talian, kata yang servis Pos Malaysia teruk. Tetapi ia dakwa yang pekerja Pos Malaysia marahi nya kerana “membiarkan pelanggannya membeli begitu banyak barang secara dalam talian”.

Dia berkata: “Ironinya Pos Malaysia yang membunuh perniagaan tempatan.”

Berapa ramai orang lain yang mengalami masaalah yang di seneraikan di atas? Mengapa barang boleh hilang dari bungkusan? Aduan pelanggan tidak diselesaikan? Mengapa sukar mendapatkan pampasan untuk barang yang hilang atau rosak, walaupun dengan bukti dan gambar barang yang telah didokumentasikan?

Semasa PKP Coronavirus, lebih ramai orang dan perniaga akan gunakan perkhidmatan pos daripada sebelumnya; tapi bila akan Pos Malaysia pertingkatkan servis nya?

Komen
0Shares

Leave a Comment