Hari ini, ia lah pemilihan untuk jawatan presiden Umno-Baru. Ia akan melibatkan 165,000 perwakilan di 191 bahagian di seluruh negara. Keputusan akan diumumkan kira2 pukul 1 pagi Ahad, 1 Julai.
Apa kriteria yang ahli2 parti guna untuk memilih presiden?
Apa kepentingan mereka?
Beberapa ahli parti, hendak Presiden yang beramanah dan akan beri parti, tujuan dan arah yang baru.
Mungkin ada juga yang tak kisah presiden yang penyangak dan pembohong, yang akan meneruskan sistem rasuah dan politik wang.
Terdapat lima calon presiden, tetapi hanya tiga, yang layak disebut. Tengku Razaleigh Hamzah (iaitu KuLi), Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin (gelaran KJ).
Rasuah di Malaysia, dan politik wang dalam Umno-Baru, bukan phenomemon yang terjadi semalaman. Sudah tiga setengah dekad korupsi parti berkembang.
Ketiga2 calon ini, tahu tentang skandal 1MDB dan Najib Abdul Razak, tetapi ketiga2 mendiam diri kerana takut di pecat, dan mungkin selesa dengan apa yang Najib hulurkan pada parti.
Selama ini, Najib beri kroninya dalam GLC, gaji bulanan, yang beratus2 ribu ringgit. Projek yang beratus2 juta ringgit, kebanyakan yang gagal, juga di beri beberapa GLC. Sebaliknya, hadiah Najib pada rakyat Malaysia yang miskin, ialah dua ribu ringgit duit BR1M.
Ketiga2 calon presiden tahu, yang berbilion2 ringgit untuk GLC, boleh di guna untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin, tetapi mereka berbisu.
Berapa kali kita nak dengar KuLi berkata beliau akan mengubah parti Umno-Baru dari dalam? Dia telah berkata begitu banyak kali, sampai kita tak mengabaikannya sekarang.
Memilih KuLi untuk presiden akan meneruskan sistem kuno Umno-Baru. Parti, perlukan Presiden yang dinamik.
Baru2 ini, KJ dengan Najib, telah belakon dalam video di sebuah kedai mamak, dimana KJ memuji Umno-Baru dan kepimpinan Najib. Mereka tuduh Pakatan Harapan penuh fitnah, banyak hasutan dan memberi harapan palsu.
Itu sebelum PRU-14. Hari ini, KJ kritik Najib dan suruh ia jelaskan barang jenama, dan intan berlian bernilai RM1 bilion yang di rampas polis, dari kediaman-nya.
Jangan lah pilih calon yang buta, atau yang takut bercakap benar.
KJ masih belum jelaskan siasatan kehilangan RM107 juta yang di curi pegawai tinggi dalam Kementerian Sukan, semasa ia menteri Sukan dan Belia. Mengapa diam saje?
Minggu lepas, calun ketiga, Zahid Hamidi, menafikan yang ia minta sangat nak bertemu dengan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, untuk mendapat nasihatnya tentang pengurusan Umno-baru. Mengapa dia malu pertemuan ini?
Pada Ogos 2017, Dr Mahathir beritahu yang Zahid telah gagal, memberikan penjelasan mengenai RM230 juta dalam akaun banknya, apabila mengisytiharkan asetnya kepada beliau, pada tahun 1996. Zahid terangkan yang dia jadi kaya, kerana dia ahli korporat.
Zahid juga berpendapat, pasukan gangster Melayu, bernama Tiga Line, adalah kawannya dan tidak merbahaya.
Ahli2 Umno-Baru tak patut lantik presiden yang bersuhabat dengan samseng. Presiden mesti orang yang jujur, beramanah dan berprinsip.
Rakyat Malaysia menolak parti yang dikenali dengan rasuah, perkauman, penyalahguna kuasa dan jenayah.
Apa yang berlaku dalam Umno-Baru di sebabkan pemimpin, dan lebih penting lagi, sikap individu ahli2 parti.
Dari sekarang, ahli parti jangan berbisu, bila presiden atau pemimpin, mencuri dan salahguna kuasa. Tegur mereka yang makan rasuah. Jangan terima dedak sebagai umpan untuk berbuat diam. Jangan takut di pecat dari parti, kerana bercakap benar.
Tugas presiden, untuk jadikan Umno-Baru sebuah parti pembangkang yang kuat dan berkesan. Tetapi ahli2 parti bertanggung-jawab, untuk memeriksa tingkah laku presiden mereka.
Leave a Comment