Rakyat kena GST, tapi syarikat dari negara Cina tak kena GST.

GST. Goods and Services Tax, iaitu cukai barangan dan perkhidmatan.

Juga di gelar, “Gasak Sampai Terlingkup”.

Najib pandai kutip duit.

Tangan kanan Najib Abdul Razak, beri BRIM, tapi tangan kiri nya cekik kita, melalui GST.

Dia cerdik. Dia bagi kita 50 sen, dalam BR1M, lepas tu dia rabut balik RM10, dalam GST.

Bukan semua orang layak terima, BR1M. Tapi semua orang kena bayar GST, bila beli makanan. Minyak. Gas. Susu. Pampers baby. Ubat. dan perkhidmatan.

Tak kisah, kita muda kah, tua, lelaki, perempuan, bekerja, menganggur atau bersara. Kaya ataun miskin. Semua dikena GST.

Naib Presiden AMANAH, Husam Musa (diatas), mendedahkan  pelepasan dari membayar cukai GST, untuk syarikat dari negara Cina, iaitu, China Communications Construction Company, yang di gelar, CCCC.

Syarikat ini kontraktor untuk projek Laluan Keretapi Pantai Timur.

Mengapa syarikat kaya raya ni, diberi kelepasan GST?

Ketua Pengarah Kastam, Subromaniam Tholasy (diatas) berkata, pihaknya memberi sokongan pelepasan GST, kerana projek syarikat ini, membabitkan kepentingan awam.

Apa maksud dia? Syarikat tempatan, yang buat jalan atau klinik, kat kampung tu, takde kepentingkan awam ke?

Adakah pelepasan GST ini, dibentang dalam parlimen? Mengapa rahsiakan?

Pandai pandai Subramaniam kecualikan syarikat negara Cina dari bayaran GST.

Ia patut letak jawatan.

Kalau syarikat negara Cina di kecualikan GST, maka syarikat tempatan patut dikecualikan juga.

Yang kita keliru tu, mana pergi duit GST, yang di kutip, selama ini? Gaji tak naik. Tapi, barang naik harga. Perkhidmatan awam, makin merosot. Kos hidup juga meningkat.

Adakah wang GST ni, untuk membayar hutang Najib, dalam 1MDB?

Syarikat negara Cina di beri keistimewaan GST. Tapi, rakyat Malaysia di bebankan.

Ini tak masuk akal. Ini tak adil. 

Ingat ye? Kuasa, di tangan anda.

Keluar undi dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.

 

Komen
0Shares

Leave a Comment