Rakyat Malaysia yang menetap di Singapura dan seluruh dunia bersiap sedia untuk mengundi di PRU14.

UNTUK PELEPASAN SEGERA  28 MAC 2018

Rakyat Malaysia yang menetap di Singapura dan seluruh dunia bersiap sedia untuk mengundi di PRU14.

Global Bersih terperanjat apabila mendapati bahawa kerajaan Malaysia secara aktif tidak menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalankan hak asasi mereka sebagai rakyat untuk mengundi. Pada 27hb Januari, telah dilaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed “meramalkan” bahawa rakyat Malaysia yang akan pulang dari Singapura untuk mengundi di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menunjukkan impak yang lebih kecil jika dibandingkan dengan pilihan raya umum yang sebelumnya. Beliau juga mendakwa bahawa rakyat yang telah pulang ke tanah air untuk mengundi pada masa yang lepas telah “ditipu” oleh “propaganda pembangkang”.

Rakyat Malaysia yang menetap di bahagian selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan (Indonesia) terpaksa pulang ke kawasan pilihan raya kampung halaman mereka untuk mengundi padaPRU14. Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru dilaksanakan beberapa bulan yang lalu tanpa perundingan dengan pihak yang berkepentingan, telah menafikan rakyat berkenaan mengundi dari luar negara. Rakyat-rakyat Malaysia ini terdiri daripada majoriti diaspora rakyat Malaysia yangdianggarkan berjumlah 2.5 juta orang (1). Sesiapa yang tidak berkemampuan untuk pulang ke tanah air untuk mengundi telah diabaikan hak mereka.

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri tersebut amat mengecewakan. Ia mendedahkan keinginan yang berpartisan untuk terus berkuasa tanpa prinsip. Kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya melibatkan diri dalam menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia di Singapura dan di seluruh dunia untuk menyertai amalan demokrasi yang sihat.

Global Bersih telah menjalankan peninjauan di kalangan rakyat Malaysia yang berada di Singapura, dan teramatlah jelas bahawa andaian dan persepsi Datuk Nur Jazlan terhadap rakan-rakan senegaranya di luarnegara adalah tidak benar.

Lebih daripada setengah juta rakyat Malaysia sedang menetap di Singapura (2). Mereka terdiri daripada semua lapisan masyarakat, dari pekerja kilang ke pekerja professional, dan sebahagian besar daripada mereka ini telah mengundi dalam pilihanraya umum sebelumnya (PRU13).

Rakyat Malaysia di Singapura juga telah menyokong kuat kempen JomBalikUndi PRU13 yang dianjurkan oleh Global Bersih sebelum ini. Sesungguhnya, inisiatif yang bertempat di Singapura telah menolong sejumlah besar rakyat Malaysia yang menetap di Singapura untuk pulang ke tanah air untuk mengundi. Sekumpulan rakyat Malaysia di Singapura yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti politiktelah menyediakan sebuah platform online yang memadankan pelan perjalanan dan perkongsian pengangkutan untuk menyenangkan rakyat Malaysia pulang untuk mengundi. Kempen ini tidak menyokong agenda sebarang parti politik tetapi hanya untuk menggalakkan setiap rakyat Malaysia yang ingin menjalankan hak mengundi mereka.

Rakyat Malaysia di seluruh duniabersama-samadengan mereka yang berada di Malaysia amat bimbang dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia. Antara hal-hal yang membimbangkan adalah rasuah yang berleluasa, segregasi dan ketegangan perkauman dan agama yang bertambah (dan peranan kerajaan dalam hal ini), pelanggaran hak kebebasan sivil serta kemerosotan proses pilihan raya yang bebas dan adil. Tindakan kerajaan Malaysia yang berkali-kali menjejaskan kebebasan sivil rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan juga merosakkan integriti institusi-institusi negara dan keyakinan rakyat terhadap sebuah pentadbiran kerajaan yang baik.

Rakyat Malaysia di seluruh dunia termasuk di Singapura, telah lama bersama-sama dengan rakan-rakan senegara mereka di Malaysia inginkan pilihan raya yang bebas dan adil. Mereka inginkan pilihanraya yang bebas daripada manipulasipersempadanan (gerrymandering) dan jumlah perwakilan pengundi (malapportionment), serta tekanan terhadap pendapat yang berlainan dan rasuah yang terus merosakkan pilihanraya-pilihanraya kita.

Demi menidakkan pandangan Timbalan Menteri yang terkandung dalam kenyataannya di atas, dan juga kerana kemerosotan kebebasan politik, peningkatan gejalarasuah dan  ahli-ahli politikdan pihak lain memperalatkan isu-isu agama dan perkauman, serta tindakan kerajaan yang tidak mempedulikan ataupun menggalakkan hal-hal tersebut, Global Bersih berharap lebih ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara akan mencuba sedaya upaya menunaikan kewajipan hak mengundi mereka. Rakyat Malaysia di Singapura dan kawasan-kawasan lainyang telah dinafikan hak untuk mengundi di luar negara akan sedaya upaya pulang untuk mengundi. Di Global Bersih, kami menyokong setiap rakyat Malaysia untuk menunaikan hak mengundi mereka, begitu juga untuk rakyat Malaysia di Singapura.

Kami menyeru kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan di Singapura dan Malaysia untuk mengiktirafkan hak rakyat Malaysia yang menetap di Singapura untuk mengundi, dan memberikan mereka perjalanan yang bebas melaluipusat-pusat pemeriksaan imigresen negara masing-masing.

Akhir sekali, Global Bersih ingin mengambil peluang ini untuk menyeru kepada rakyat Malaysia yang menetap di Singapura untuk pulang ke tanah air untuk mengundi di PRU14 yang akan datang. Masa hadapan negara anda bergantung pada anda , dan UNDI anda BOLEH membawa perubahan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Global Bersih di:

contact@globalbersih.org

35 Rue du Rothschild

1202 Geneva

Switzerland

www.globalbersih.org

facebook.com/GlobalBersih

twitter.com/GlobalBersih

http://documents.worldbank.org/curated/en/979921468185948875/pdf/104625-WP-PUBLIC-Report-Talent-Corp-Final-June-23-PUBLIC.pdf

 

Komen
0Shares

Leave a Comment