RON 95 naik, harga gula meningkat. Siapa yang memikul beban?

 

Semalam, Najib Abdul Razak marah rakyat Malaysia kerana riuh sangat tentang kenaikan kos minyak 20 sen.

Ia bandingkan kadar kenaikan di negara Malaysia, dengan reaksi penduduk Arab Saudi yang di kenakan kenaikan 50 peratus.

Ia berkata, “Saya nak beritahu harga minyak di Arab Saudi naik 50 peratus, kita di sini riuh rendah kalau naik 10 sen, 20 sen, tapi di Arab Saudi dah naik 50 peratus.

“Ini semua memaklumkan tuan-tuan puan-puan, janganlah kita kelirukan rakyat atau hasut rakyat sebab setiap langkah yang dibuat kerajaan bertujuan untuk kepentingan jangka panjang dan pendek kita.”

Rakyat akan memikul beban

Najib tak sedar ke yang kenaikan 20 sen se litre, membebankan rakyat?

Pada ibu tunggal yang bergaji RM1,000, kenaikan 20 sen tu amat besar kenaikan nya.

Wang belanja beli minyak motor sebulan, untuk pergi kerja, atau hantar anak ke sekolah, akan meningkat. Lain lah dari perdana menteri dan isteri, di mana kos naik kereta, atau jet mewah, di biaya oleh rakyat.

Bila minyak naik, kos makanan dan minuman akan naik. Petani and peladang, nak hantar tanaman, dan  ikan ke pasar, di pekan, akan meningkat. Kos naik bas sekolah, atau taxi akan naik. Kos perkhidmatan juga akan naik. Pekerja pun kena ada kos pengankutan.

Hari ini juga, kami di beritahu, yang harga gula naik 11 sen lebih, se kilo. Hargu gula  sekarang adalah RM2.95 satu kilo.

Jumlah

Kenaikan 20 sen minyak membebankan. Bila kita isi tangki minyak, baik pun moto atau kereta, bukan nya kami bayar 20 sen lebih, tetapi 20 sen lebih pada setiap litre, ke atas harga jumlah kos.

Mana kami tak riuh?

[aps-counter theme=”theme-4″] 

Komen
0Shares

Leave a Comment