Roti Chapati Perintah Berkurung

Chapati Perintah Berkurung

Kalau tak jumpa roti kat kedai, kalau tak boleh pergi ke kedai mamak, tak mengapa….buat sahaja roti chapati di rumah.

Resip ni mudah sahaja

Bahan resip

200 g tepung atta atau tepung putih
1/2 sudu teh garam
180 ml air panas

Cara masak

1. Masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk besar dan kacau.

200 g boleh buat 10 keping chapati.

2. Lepas tu masukkan air mendidih, dan kacau sehingga campur rata.

Jaga jaga kerana campuran ini masih panas

Air panas diguna kerana ia akan menyerap lebih banyak aiyor. Ia senang memcahkan moleculy protein dalam tepung dan ketiga, tepung senang di uli.

3. Bila dah sejuk, uli dengan tangan

Kalau rasa bahan agak kering, lembabkan tangan dengan aiyor dan uli sekali lagi.

Buat macam ni selama 5 minit.

4. Lepas tu bentuk adunan macam sosej dan masuk dalam peti air, selama 10 minit.

5. Keluarkan adunan tepung dari peti ais dan kerat 10

6. Bentuk setiap keratan secara bola, celupkan dalam tepung dan tutup mangkuk supaya bola tidak jadi kering

7. Ratakan bola sehingga tipis.

8. Panaskan kuali yang tebal. Gunakan api sederhana.

Api ni penting. Kalau terlalu kecik, chapati jadi keras.

Kalau terlalu kuat, chapati akan hangus.

9. Masak chapati belah pertama sehingga ia nampak setengah masak. Bila nampak gelumbung, mungkin 30 saat, terbalikan chapati.dan masak belah yang lagi satu selama 10 saat.

10. Bubuh chapati atas api gas yang kuat dan biar dia naik macam belun. Sentiasa alihkan sebelum di sediakan atas pinggan hidangan.

chapati naik gelombung bila di masak atas api gas

Komen
0Shares

Leave a Comment