Kalau tak dapat roti di kedai semasa curfew ni, tak mengapa. Saya akan tunjuk anda buat roti yang senang saja. Tak payah nak uli, campur saje bahan untuk buat adunan. Roti ni sesuai untuk orang yang sibuk dan tak suka duduk terlalu lama dekat dalam dapur.
Keperluan nya satu mangkuk ketuhar Belanda sebesar 4 atau 5 litre. Saya guna Mangkuk Le Creuset tapi kalau anda takde gunalah mangkuk pyrex yang ada tutup.
Kalau mangkuk Pyrex takde tutup tak mengapa, guna foil untuk buat tutup.
Ketuhar oven mesti betul betul panas suhu 450 Deg Fahrenhiet atau pun 230 Deg Centigrade
Anda di nasihatkan guna sarung tangan oven.
Anda boleh campurkan bahan dan biarkan selama 12 jam kalau tak sempat nak bakar adunan roti, selepas 3 jam.
Masa Persediaan: 5 minit
Masa Masak: 45 minit
Jumlah Masa Sedia: Yang paling kurang ia lah 4.30 jam. Yang lama ia lah masa nak tunggu adunan naik.
Yang makan banyak masa ialah nak tunggu adunan roti tu naik. Bancuh dulu aduanan roti, selepas anda pergi menonton filem, memasak, berkebun, membaca buku, lepak, atau menulis artikel. Roti ini boleh siap sedia dalam masa 4 30 jam. Saya suka bancuh belah malam, supaya roti boleh di masak pagi esok untuk sarapan.

Roti tak payah nak uli
Bahan-bahan:
3 cawan tepung serbaguna atau tepung roti (tak kisah tepung putih atau wholemeal)
1/2 sudu teh yis yang kering (3 gm)
1.5 sudu garam halus (9 gms)
1 1/2 cawan air suam
2 atau 3 sudu besar tepung tambahan untuk membentuk adunan roti.
Cara membuat:
1. Campurkan tepung, ragi dan garam dalam mangkuk besar.
2. Masukkan air kedalam campuran ini, dan kacau sehingga dapat adunan yang melekit. Ni bukan macam roti yang mesti di uli.
3. Tutup dengan pembalut plastic dan biarkan selama 3 jam. Kalau aduan di buat belah pagi, sempat di masak untuk makan tengah hari
(Adunan ni boleh juga di biar selama 12 jam, seumpamanya, bancuh belah malam dan masak untuk sarapan.)
4. Selepas 3 jam adunan akan naik dan penuh gelembung.
5. Sediakan kertas greaseproof dan taburkan 2 atau 3 sudu besar tepung. Guna pengikis dan lipat adunan ini sebanyak 12 kali. Bentuk seperti bola kasar.
6. Letakkan adunan ini, dalam mangkuk. Tutup dengan pembalut plastik kalau nak, tak payah pun takpe. Biarkan roti ni selama 40 minit. Lebih masa pun tak pe. Roti ni betoi tak kisah.
7. Masukkan ketuhar Belanda dengan tudung atau pun bekas pyrex yang bertudung, ke dalam oven. Panaskan dapur oven ke suhu 230 deg C (450 ° F). Ketuhar saya ambil masa 40 min nak naik ke suhu itu.
8. Apabila dapur oven mencapai 230 °C , gunakan sarung tangan oven, angkat kertas yang mengadungi adunan dari mangkuk dan letakkan perlahan ke dalam periuk ketuhar Belandan yang sudah di panaskan. (Masuk sekali kertas parchment ke dalam ketuhar Belandan tu juga) Tutup dan bakar selama 30 minit.
9. Selepas 30 minit, keluarkan roti dari ketuhar Belanda dan buang kertas greaseproof. Masukkan balik roti ke dalam ketuhar dan bakar 10 – 15 minit lagi, di dalam oven.
Roti akan berwarna yang lebih cantik (golden brown crust) dan ia tidak keliharan terlalu pucat.
10. Keluarkan ketuhar dan oven, dan letakkan roti panas di atas besi dan biarkan ia sejuk sekurang-kurangnya 15 minit sebelum roti di hiris.
11. Roti rustic (desa) kulit nya rangup tetapi belah dalam lembut saja.
Enjoy!
Leave a Comment