PM Dr Mahathir Mohamad menafi dakwaan bahawa Mentri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, akan di ganti, dan ia menolak sebarang spekulasi mengenai pertukaran MB.
Dr Mahathir berkata beliau puas hati dengan prestasi Ahmad Faizal, dan kontroversi hanya timbul kerana ada pihak yang ingin mengambil alih tempatnya.
Apa yang PM kata, tentang prestasi MB, bertentangan dengan pendapat ramai orang di Perak.
Bulan lepas, saya di hubungi oleh beberapa anak Perak, untuk membangkitkan isu prestasi MB Perak. Antara aduan mereka, MB tidak pandai urus pentadbiran negara, prestasi nya tidak memuaskan dan ia kurang cekap.
Mungkin kita boleh peringatkan PM yang selama ini, kesemua pilihan calon seperti pengganti nya untuk jawatan PM Malaysia, telah gagal dan tak bagus. Satu kuat tidur. Yang lagi satu, kuat bohong dan selalu curi duit rakyat.
Rakyat Perak risau dengan pilihan, MB, yang Dr Mahathir buat pada Mei 2018. Mereka perhati yang budaya Umno-Baru telah di bawa masuk PH. Penyakit Umno-Baru, akan merosakkan PH dari dalam.
Rakyat Malaysia telah mengambil masa 61 tahun, untuk menamatkan kezaliman Umno-Baru, pada 9 Mei. Tapi kita perhati yang tak ada beza nya antara pentadbiran MB sekarang ni, dengan pentadbiran bekas MB Umno-Baru, iaitu Zambry Abdul Kadir. Kedua2 tak mempunyai wawasan untuk Perak.
Bulan lepas, saya telah sediakan beberapa soalan, yang mudah, untuk Ahmad Faizal, tetapi ia telah enggan menjawab. Ini dia soalan nya.
-
Wawasan Perak
Apa wawasan MB ini untuk Perak? Apa cadangannya untuk menarik balik ribuan orang muda yang asal dari Perak, untuk kembali dan bangunkan negeri, setelah meninggalkan kampung mereka. Apa wawasan nya untuk memberi mereka peluang kerja yang lebih baik, dari tempat lain, seperti di Singapura, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan juga luar negara?
Mementingkan industri pembalakan sahaja, tidak akan menyediakan pekerjaan untuk semua orang di Perak. Jadi apa visi MB untuk mewujudkan pekerjaan di Perak?
-
Samseng dari Manjoi
Apakah hasil siasatan polis terhadap serbuan yang di buat beberapa samseng yang menentang penjualan minuman keras di sebuah kedai di Manjoi? Kalau mereka tak puas hati dengan penjualan tu, mereka patut buat aduan di Kementerian yang berkenaan.
Kalau perbuatan samseng ini tidak di hukum, orang ramai khuatir nak buka kedai untuk berniaga. Manatahu pulak kalau orang yang tak suka apa yang di jual dalam kedai, akan menyerang pelanggan dan juga pekerja. Ini tak bagus untuk ekonomi negeri.
-
MB INC
Bekas MB, Zambry Abdul Kadir, telah mengurus badan yang di namakan, Mentri Besar Incorporated (MB Inc). Walaupun MB Inc menanggung kerugian RM40 juta, badan ini telah meluluskan bonus untuk kakitangan, belanja tempat peranginan, dan membeli kereta mewah. Zambry gagal melaksanakan sebarang audit untuk MB Inc, sejak 2012.
Apa terjadi pada siasatan ke atas Zambry kerana ia salah urus MB Inc?
-
Hak Orang Asli
Hak2 Orang Asli di ketepikan oleh Zambry dan juga Ahmad Faizal. Pembalakan di buat dalam kawasan tanah OA. Infrastruktur perkampungan OA tidak memuaskan. Mereka tidak ada bekalan air. Kerajaan tidak tolong memelihara budaya mereka.
Penjagaan kesihatan dan tahap pendidikan OA rendah. Mereka selalu di exploitasi oleh syarikat swasta dan juga kerajaan.
Sebelum PRU-14, PH janji nak tolong Orang Asli. Sekaran macam mana? Apa rancangan Perak untuk membantu OA meningkatkan taraf kehidupan mereka?
-
Laporan Khazanah
Laporan Khazanah menunjuk Perak sebagai negeri kedua termiskin, di semenanjung Malaysia, selepas negeri Kelantan.
Pada abad terakhir, Perak negeri terkaya, selepas Selangor. Kekayaan di perolehi dari penjualan getah, timah, kelapa sawit, guano dan juga hasil tanah galian.
Kerajaan Umno-Baru/BN yang lepas, telah merompak kekayaan negeri dan merosotkan ekonominya. Ramai orang terpaksa meninggalkan Perak untuk mencari peluang kerja di luar negeri, dan di luar negara.
Bagaimana MB Perak nak kembalikan kekayaan pada orang Perak dan meningkatkan taraf hidup mereka? Apa wawasan nya, untuk negeri Perak?
-
Link untuk temu ramah tentang kegagalan ia mendapat ijazah
Pada Februari lepas, beberapa pemimpin PH di tuduh menipu tentang ijazah mereka. Ahmad Faizal juga terlibat.
Ahmad Faizal kata yang dia sudah memberi penjelasan tentang ijazah nya, pada bulan Julai tahun lepas. Tetapi, ramai orang tak percaya yang dia berbuat demikian. Mereka kata, “Ahmad Faizal patut beri link temu ramah ini, supaya kita boleh membaca yang dia mengaku dia bukan graduan, dan tidak mempunyai ijazah pengajian perniagaan dari Edith Cowan University di Perth, Australia.”
-
Gajah puteh iaitu Movie Animation Parks Studios (MAPS)
Kalau kerajaan Perak kurang duit, mengapa beri kuasa untuk perbelanjaan RM3 juta, untuk “Rumah Terbuka Hari Raya” di taman tema MAPS tahun lepas?
Apa justifikasi menggunakan duit rakyat, untuk membantu taman tema MAPS, yang macam lintah hisap darah, yang membazir wang rakyat, semenjak bangunan itu siap? Ahmad Faizal sepatut potong kerugian dan jual gajah putih MAPs, tapi dia enggan berbuat demikian.
Mungkin jawapan nya di sini. Siapa pemilik MAPS?

PERAK 06-02-2019.The aerial view of the land clearing which has taken place in Kledang Hill.Picture by Persatuan Aktivis Sahabat Alam
-
Pencerobohan Bukit Kledang
Bukit Kledang, yang berhampian bandaraya Ipoh telah di ceroboh. Pada beberapa bulan, jentera berat dan lori balak telah keluar masuk kawasan ini. Penerbangan semua pokok di kawasan itu telah memusnahkan kawasan yang subur dan boleh menyebabkan banjir lumpur pada musim hujan. Ini merbahaya untuk perumahan di kaki bukit.
Bila di tanya, MB kata kerajaan negeri berharap agar kawasan yang terjejas akibat pencerobohan tanah secara haram, dapat dipulihkan semula.
Jadi bila akan kawasan dipulih?
Pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian, Pengarah Jabatan Perhutanan, wakil-wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah, MB Inc dan anggota police turut hadir dan perintahkan para penceroboh hentikan kerja.
Jadi siapa yang bertanggung jawab memotong pokok secara haram? Apa tindakan tegas yang telah di ambil? Sekarang semua buat diam saje.
Pencerobohan langsung tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa, tetapi telah dilaporkan oleh orang awam. Ramai orang berpendapat yang pencerobohan ini kerja kroni yang ada kabel ke atas.
-
Tidak ada ketelusan dalam Permit balak
Sementara tu, di kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong dan Hutan Simpan Bukit Kinta, pendedahan telah di buat tentang satu projek balak yang besar. Sebuah syarikat bermodalkan RM2 diberikan konsesi selama 50 tahun untuk membangunkan tanah seluas 400 hektar di kawasan Hutan tersebut.
Kedua pengarah syarikat RM2 ini ada gelaran “datuk”. Syarikat itu ditubuhkan 26 Julai 2018 di Kuala Lumpur, walaupun alamat perniagaannya di Taiping.
Apabila di tanya mengenai perkara ini, Menteri Besar kata ia memerlukan masa untuk membuat penyiasatan.
Selepas itu, kita diberitahu yang suntikan modal berbayar sudah naik ke RM500,000. Konsesi selama 50 tahun dan kelulusan telah di beri dalam tender yang TIDAK terbuka. Kita juga di beritahu yang kelulusan di beri, kerana pengarah2 syarikat berpengalaman membalak. Ya kah tu?
Bila perkara ini di dedahkan, pengarah2 buat diam tapi MB saje yang bersuara dan bertindak seperti ia jurucakap syarikat itu? Mengapa mereka tak muncul kedepan?
-
Lembaga Perindustrian Malaysia (MTIB) menafikan pembabitannya dalam projek perladangan hutan
Ahmad Faizal berkata yang syarikat RM2 bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Malaysia (MTIB) Malaysian Timber Board.
Tapi pada 15 Februari, pengerusi MTIB, Wong Tack, telah nafi yang MITB terbabit projek ladang hutang di Perak.
Jadi, siapa yang cakap benar?
Mengapa MB terus diam setelah Wong Tack membuat penafian itu? Bila MB nak terus terang dalam perkara ni.
Jadi, kita kembali ke permulaan kisah ini.
PM puas prestasi Ahmad Faizal, MB Perak. Tetapi, semua contoh di atas, menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan.
Kita hendak pemimpin yang beri keyakinan, yang bertanggung jawab, yang ada integriti, yang boleh di percayai, yang amanah dan yang bertelusan. Kita tidak mahu pemimpin dan anggota PH yang perangai macam Umno-Baru.
Pemimpin PH patut dulukan kepentingan negeri Perak, dan bukan agenda diri sendiri.
Hanya satu saje soalan yang harus di tanya.
Bila PH nak ganti MB Perak?
Leave a Comment