
Mat Hasan
Yang penting dalam seseorang individu, terutama sekali wakil rakyat, ia lah ketelusan, kejujuran, dan integrity. Mohamad Hasan, atau pun Mat Hasan, ia lah bekas MB Negri Sembilan.
Baru baru ni, terdapat isu tentang RM10 juta yang ia telah hantar ke London. Kita tak persoalkan kekayaan nya, tetapi tentang cara duit itu di pindah ke London.
Kita ada sembilan soalan untuk Mat Hasan. Dakwaan-dakwaan ini harus disiasat dengan teliti.
-
Photo dari arkib stok
Dalam tahun 2009, Mat Hasan di dakwa memindahkan wang tunai RM10 juta, melalui seorang pengurup wang, untuk membeli sebuah apartmen di London.
Semasa itu ia memerintah empat tahun sebagai menteri besar Negeri Sembilan. Dari mana dia memperolehi duit sebanyak RM10 juta?
Macam mana bekas pemimpin Umno-Baru, seperti Najib Abdul Razak, dan Zahid Hamidi, boleh mempunyai berbillion juta ringgit?
Oh ya…Rakan mereka bernama Noh Omar berkata “Mencuri dan merompak OK jer. Bila kena tangkap, itu baru salah.” Jadi, ini philosophi Umno-Baru, mencuri tu okay. PAS pulak, menipu tu OK.
Ini mencerminkan akhlak buruk pemimpin-pemimpin kedua Umno-Baru dan PAS
Saya nak tegaskan, yang mencuri dan menipu, sama ada ditangkap, atau tidak ditangkap, tetap dianggap salah.
-
Photo dari arkib stok
Membeli rumah di tanah asing di dakwa sebagai salah satu cara untuk menjana wang oleh pelbagai orang, seperti keldai dadah, atau mereka yang terbabit dalam rasuah.
Dari mana Mat Hasan mendapat wang RM10 juta, sedangkan pendapatan bulanan sebagai menteri besar bukannya ratusan ribu?
Sebagai contoh, katakan lah gaji bulanan MB ialah RM20,000, dan dia tak belanja apa apa pun, dia tak bayar cukai pendapatan, tapi jimat saja duitnya. Ini makna, dia terpaksa jimat wang selama 42 tahun sebelum dapat RM10 juta ringgit.
Jadi, dari mana sumber duit RM10 juta ni?
Mengapa cara pemindahan wang ke London, tidak melalui prosedur yang di bentangkan oleh Bank Negara.
Mat Hasan telah bermula kerja dalam bank negara sebagai trainee dan selepas itu, ia kerja di Malayan Banking, Arab Malaysian Bank dan Bank Bumiputra.
Kalau dia sedar tentang prosedur keluar duit dari negara, mengapa dia guna pengurup wang (money changer)? Ada sesuatu yang tak kena di sini.
Kemenangan Mat Hasan pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas diisytiharkan batal dan tidak sah, oleh Mahkamah Persekutuan kerana parti pembangkang, tahun lepas, “dilarang” daripada memasuki pusat pencalonan untuk mengemukakan kertas pencalonan.
Tekanan pada Mat Hasan kuat, dan bekas presiden MIC Dr S Subramaniam meramalkan yang Mat Hasan akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya BN berkuasa semula di PRU-15.
Seseorang yang tak telus dengan pemindahan berjuta ringgit tidak boleh jadi PM. Apa dia pendapat Mat Hasan?
Mat Hasan kata yang pemindahan wang tunai RM10 juta ke London telah di siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara. Dia berkata, “Saya telah terbukti tidak bersalah.”
Macam mana rakyat nak percaya. Masa dulu dalam regime Umno-Baru/BN, SPRM dan juga Peguam Negara berkata Najib tidak di dapati salah mencuri duit rakyat 1MDB. Juga, bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim, tidak mencuri duit Tabung Haji, dan begitu juga cerita dengan bekas Pengerusi FELDA, Isa Samad. Semua tak curi duit rakyat. Tapi sekarang kita tahu cerita yang sebenarnya.
Pada tahun 2013, Nancy Shukri, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dalam regime Umno-Baru/BN, memberitahu Parlimen bahawa tiada pertuduhan, akan dikenakan terhadap Mat Hasan.
Nancy berkata, “Pejabat Peguam Negara telah meneliti butiran penyiasatan itu. RM10 juta itu bukan produk rasuah, tetapi tindakan akan di ambil terhadap pengurup wang.”
Mat Hasan yang hantar duit dan melanggar undang-undang bank tak dihukum. Siasatan yang baru patut di buat oleh SPRM, bank negara dan juga Pejabat Peguam Negara terhadap Mat Hasan.
Nama Mat Hasan hanya didedahkan selepas Bank Negara Malaysia membatalkan lesen tiga penukar wang terbesar di negara, kerana melanggar Akta Wang Ubah 1998. Mat Hasan telah menggunakan syarikat tukaran mata wang – Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd – untuk memindahkan RM10 juta.
Pengirim wang tidak mengguna Bank Negara, kerana mereka tak nak bagitahu identiti mereka, dan tujuan pemindahan duit tu. Mungkin itu duit kotor, duit rasuah …siapa yang tahu. Itu lah penting kes ini di siasat.
Kalau Mat Hasan seorang yang telus, bersih dan jujur, mengapa ia lebih suka menggunakan penukar wang?
Baru baru ni, Mat Hasan berkata yang ia tidak perlu nak mengisytiharkan asetnya. Dia kata, “Lagipun harta saya makin lama makin susut tidak bertambah.”
Tapi, RM10 juta di hantar keluar negara untuk guna beli apartment kat kota London, itu apa? Duit shilling?
Jadi, bila jabatan cukai pendapatan nak siasat Mat Hasan?
Ada lagi dakwaan tentang 2500 hektar tanah, yang di luluskan kepada Felcra, semasa ia Mentri Besar, dimana tiada geran tanah diberikan dan tiada bayaran premium tanah. Ini telah menyebabkan kerajaan negeri perlu menanggung kos jutaan ringgit.
Bukan saje itu, ada juga dakwaan yang RM30.65 juta hasil daripada Felcra yang sepatutnya disalurkan untuk program kebajikan eKasih, telah lesap.
Apa jawapan Mat Hasan kesemua dakwaan dan soalan ni?
Bulan lepas, semasa ceramah di Bandar Mahkota, Mat Hasan mengatakan terdapat terlalu banyak ‘penumpang’ di Parlimen.
Kebetulannya, Rakyat Malaysia tidak mahu wakil yang bersikap racis dalam Malaysia Baru. Kita mahu wakil yang berintegriti, telus dan jujur.
Leave a Comment