Shabudin Yahya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor tidak layak menjadi ahli Parlimen.
Beliau mendakwa bahawa perkahwinan antara mangsa rogol di bawah umur dengan perogolnya, mungkin boleh mengubahi masalah sosial.
Beliau percaya bahawa perkahwinan akan membuat perogol itu bertaubat.
Beliau berpendapat yang mangsa rogol terutama sekali perempuan di bawah umur yang mungkin ada “gaya hidup liar” akan memiliki kehidupan yang lebih baik selepas berkahwin dengan perogolnya.
Shabudin berkata yang kanak-kanak perempuan 12 tahun sesuai berkahwin, dan ia berkata,”Apabila kita membincangkan kanak-kanak perempuan yang berusia 12 dan 15 tahun, sesetengah mereka ada tubuh badan seperti wanita berusia 18 tahun.”
Ahli parlimen ini telah abaikan perkembangan mental kanak-kanak yang berusia 12 tahun. Mengapa ia hanya dapat melihat tubuh badan seorang gadis?
Beliau berkata, kanak-kanak perempuan yang baligh pada usia 9 tahun, bersedia untuk dikahwinkan kerana pembetukan fizikal dan mental telah tercapai.
Adakah Shabudin seorang bapa? Adakah dia mempunyai anak perempuan?
Orang Melayu macam Shabudin tak ada maruah.
Apa pendapatnya sekiranya seseorang merogol isterinya,atau ahli wanita keluarganya?
Apa akan berlaku kepada perogol bersiri? Patutukah mereka kahwin kesemua mangsa mereka?
Macam mana dengan perogol yang sudah mempunyai empat isteri?
Menghancur masa depan kanak-kanak perempuan yang bawah umur
Shabudin menafikan pelajaran pada kanak-kanak perumpuan dan juga peluang untuk berjaya dalam apa jua bidang yang di pilihinya. Kanak-kanak yang berkahwin akan menjadi suri rumah tangga dan terpaksa menjaga anak mereka. Kehidupan meraka akan penuh kesengsaraan dan kemiskinan.
Apa akan terjadi sekira perogol itu ceraiakan isteri nya? Kanak-kanak perempuan itu tak berpelajaran dan tak mungkin dapat kerja, Ia juga tak mempunyai sebarang kemahiran.
Apa terjadi bila suami nya merogol kanak-kanak atau perempuan lain?
Mana Melayu nak maju
Melayu tak boleh mengacapai kejayaan kalau ada Ahli Parlimen macam Shabudin. Ia patut melindungi kanak-kanak, bukan menghancurkan masa depan mereka.
Mengapa Wanita Umno-Baru buat diam? Adakah mereka bersetuju dengan pandangan Shabudin?
Shabudin harus dipecat kerana menghina kanak-kanak, kaum wanita, kesemua kemanusian dan juga memalukan orang Melayu.
Leave a Comment