Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil marah sangat pada tokoh veteran Umno-Baru, iaitu bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, bekas Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz dan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim.
Shahrizat gelarkan mereka ni, “pemimpin pencen” sebab mereka mengkritik kerajaan, seperti isu 1MDB.
Dia kata, “Buruk sangatkah kerajaan hari ini? Ada yang mati kebuluran?”
Yang kita sedar, ialah keempat pemimpin bekas Umno-Baru (termasuk bekas PM Dr Mahathir Mohamad) mahu selamatkan Malaysia dari Najib Abdul Razak dan sahabatnya dalam Umno-Baru yang mencuri duit rakyat dan buatkan duit itu macam duit mereka sendiri.
Pemimpin pencen dan juga rakyat TAK PAYAH nak tunggu hingga ada orang mati kebuluran dan negara lingkop atau bankrupt.
Apa yang Shahrizat peduli? Dakwaan telah di buat, yang dia, suami dan anak anak nya hidup mewah belanja duit yang sepatut nya pergi ke penternak haiwan.

Dekat dengan PRU-14, terlalu ramai orang dari Umno-Baru dan PAS, yang mimpi Nabi dan yang kata mereka seolah olah ada hotline pada Allah
Oh Oh Oh….Shahrizat mudah lupa.
Lebih penting lagi, Shahrizat kena penyakit, “Foot in mouth”.
Sampai hari ini, reputasi dia, suami dan tiga anak nya, di cemar oleh skandal NFC (National Feedlot Corporation) di mana, RM250 juta duit rakyat, di guna keluarga nya untuk membeli condominium mewah.
Penternak haiwan, tak merasa pun duit tu., dan sampai sekarang, duit tu, belum di bayar balik pada rakyat.
Dia hidup mewah. Mana dia nak tahu ramai orang di pekan, dan kampung, yang hidup menderita.
Ibu tunggal kadang kadang tak makan supaya duit di simpan nak beli susu untuk anak.
Orang tua takde duit nak bila ubat atau pergi jumpa doktor bila sakit.
Ramai kanak-kanak takde kasut atau pun uniform nak ke sekolah. Ada juga yang tak mampu tambang bas.
Bila Shahrizat kata, “Adakah yang mati kebuluran?”, dia tunjukkan yang dia tu bengis dan sombong.
Ini lah wanita Umno-Baru yang tak sedar diri, dan tak peduli penderitaan rakyat. Dia ni, “out of touch with the people.”
“Pemimpin pencen” yang dia kata tak berhutang budi pada Umno-Baru dan kerajaan, mempunyai lebih integriti, maruah dan tanggung jawab, daripada dia.
Mereka sedar yang Malaysia akan jahanam, kalau Umno-Baru menang PRU-14.
Mereka tahu yang Najib kleptocrat, yang paling teruk dalam dunia; tapi Shahrizat buat tak nampak.
Jangan lupa. Keluar undi* dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.
Leave a Comment