Siapa dia Pastor Raymond Koh?

Sedikit tentang Pastor Koh.

Pada tahun 2004, Pastor Koh membantu menubuhkan pusat komuniti, di Taman Sri Manja. Pusat ini membantu ibu tunggal, penagih dadah dan penghidap HIV / AIDS.

Pusat ini juga memberi tumpuan untuk kanak-kanak untuk melakukan kerja sekolah (homework) mereka, dan tempat di mana mereka boleh menerima tuisyen bahasa Inggeris secara percuma.

Kebanyakannya yang di tolong oleh Pastor Koh, adalah orang Melayu.

Beberapa tahun yang lalu, Harapan Komuniti yang di tubuhkan oleh Pastor Koh, telah menganjurkan majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Ia ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan, pemimpin, penyokong dan ahli-ahli masyarakat yang membantu pusat itu. Ia juga ingin berterima kasih kepada mereka yang menggunakan pusat itu.

Tetapi, malam itu, pihak berkuasa Islam Selangor (JAIS) telah menceroboh dan menyerbu premis tanpa waran geledah, dengan mendakwa bahawa makan malam adalah satu peristiwa di mana Melayu memeluk agam Kristian. Ini semua fitnah.

Kemungkinan ada orang tidak suka pekerjaan Pastor Koh membantu masyarkat yang terpinggir. Mereka mungkin dengki interaksi antara Pastor Koh dengan masyarakat. Tidak lama selepas serbuan JAIS itu, beliau menerima peluru dalam mel, mungkin sebagai amaran.

Kejadian

Lebih dua minggu lepas, pada 13 Februari, Pastor Koh, telah di culik.

Di mana Pastor Koh sekarang? Anda ada berita tentang keculikan nya?

Komen
0Shares

Leave a Comment