Siapa kata Negeri Kelantan Miskin Dan Rakyat Nya Hidup Sengsara. Tengok lah pemimpin Kelantan. Nampak macam OK jer…

Kelantan ialah negeri termiskin di semenanjung, dan ketiga di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2018, Ketua Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa tuduh kerajaan PAS membazir duit beli sebuah kereta Mercedes baru untuk setiausaha negeri.

Timbalan MB Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah kata kereta mewah jimatkan wang negeri dan adalah satu keperluan. Mercedes bukan satu kemewahan. Mohd Amar kata hanya satu kereta Mercedes akan di beli.

Tapi bulan lepas, kita dapat berita yang 14 kereta mewah Mercedez telah di beli untuk kegunaan MB, timbalannya, setiausaha negeri dan jawatankuasa eksekutif negeri.

Dari satu kereta Mercedes, ke 14 buah kereta mewah. Selepas dapat kereta mewah, setiap exco di beri bonus RM50,000 seorang.

Kereta MB Hj Ahmad Yakob berharga RM700k di pasaran. Kereta MB ialah top-of-the-range, Mercedes V-6 S450 L AMG. Kelajuan tinggi (top speed) ialah 155 batu sejam.  Kalau ada jalanraya lurus dari Kota Baru ke Kuala Lumpur, dia boleh sampai KL kurang dari dua jam.

Yang pelik nya, juga pada tahun 2018, pemimpin Kelantan kata mereka sesak duit dan tak boleh bayar gaji pekerja awam. Jadi mereka lari ke Menteri Kewangan di Putrajaya untuk pinjam RM100 juta.

Sangat untong jadi YB dan Exco Kelantan. Duit banyak. Bonus dapat. Kereta Mewah dapat sebiji seorang. Dan kereta tak kena cukai. You dan I…kita orang biasa kan? Duit takde. Bonus tak dapat. Kereta buruk pun kena cukai.

Ini pendapat orang Kelantan. “Biar papa, asalkan bergaya…”

Selepas dapat kereta mewah, setiap exco di beri bonus RM50,000 seorang.

Siapa kata Kelantan miskin dan rakyat nya hidup sengsara?

Kita di beritahu yang Kelantan negeri miskin. Ini fakta-fakta nya,

Kadar kemiskinan Kelantan ialah 12 peratus; kadar kebangsaan 3 peratus.

Kadar pengangguran Kelantan ialah 4 peratus. Kadar Kebangsaan 3 peratus.

Pendapatan median Kelantan ialah RM3 dan terendah di Malaysia; Kadar kebangsaan ialah RM7.

Ramai mangsa banjir Kuala Krai belum pulih keadaan mereka.

Bukan semua orang dapat bekalan air bersih.

Kesangsaraan rakyat di kawasan pendalaman kita belum lagi cerita.

Tapi, gaya pemimpin Kelantan, menunjuk yang rakyat tak miskin pun.

Kalau nak cari kerja, Orang Kelantan lari ke KL dan Selangor. Duduk dekat PJ, atau Shah Alam. Mereka enjoy kehidupan bebas di sana, dan suka nak kutuk kerajaan negeri Selangor.

Fast track ke syurga, syarat nya kena dengor cakap Pak Lebai

Bila PRU, mereka berdoyong-doyong pulang ke Kelantan, pujuk orang sana sokong pak Lebai.  Yang Pak Lebai pulak janji mereka akan hidup senang di akhirat, tapi kena dengor cakap mereka.

Sebenarnya ramai orang melayu salah guna topeng Islam untuk kepentingan diri sendiri.

Tengoklah cara “Mercedes-Islam” diamalkan oleh pemimpin-pemimpin Kelantan dimana keselesaan Menteri diutamakan,  Kuasa dipentingkan dan kewangan negara digunakan memberi manfaat penuh kepada para pemimpin. Istilah nya sangat mudah. “Rakyat kena sabar.”

Ingat ya, “Biar papa, asalkan bergaya…”

Komen
0Shares

Leave a Comment