Siapa Kata Orang Asli Tak Ada Agama?

Ada juga rakyat Malaysia, termasuk ahli politik, yang tak percaya masyarakat Orang Asli (OA) mempunyai agama, budaya dan tradisi mereka sendiri.

Oleh kerana itu, beberapa orang ingin menyelamatkan OA dan salah satu caranya, ia lah, dengan menukar, agama mereka.

Ramai orang Melayu berpendapat, yang hanya Islam dapat menyelamatkan maanusia, dari hukuman neraka.

Yang peliknya, beberapa dari mereka, menunjuk sikap dan perangai yang tidak menggambarkan apa yang telah di ajar dalam agama Islam.

Baru-baru ini, kerajaan Kelantan, bercadang mengislamkan semua, OA di negeri itu, dalam tempoh 30 tahun. Mengapa dia berbuat demikian?

Tukar agama menambah jumlah orang Islam dalam negeri

Ramai orang berpendapat, yang projek mengislamkan OA, akan menambah jumlah orang Islam, dalam negeri.

Kebetulanya, ada lima sebab-sebab, yang kerajaan ingin menglislamkan OA.

Tetapi tujuan yang di bincang di sini yang paling kontroversi.

Tukar agama supaya OA senang dikawal

OA di islamkan untuk kawalan, ia itu control, atau manipulasi. Bila OA tukar agama, dia bukan saje masuk Islam, dia masuk Melayu. Dengan cara ini, senang kerajaan nak merampas dan menceroboh tanah adat mereka.

Adat resam OA, berkait dengan tanah adat mereka. Kerajaan susah nak keluarkan lesen balak, kalau OA kerap menentang pembalakan di tanah adat mereka. Lagipun, mereka duduk dalam hutan, dan memburu binatang untuk makanan, dan mengusahakan tanaman padi bukit. Mereka mengawal dengan rapi, tanah nenek moyang mereka. Mereka enggan berpindah.

Kerajaan tak berani, nak halau OA dari hutan, kerana orang ramai, serta aktivis, akan marah. Lagi pun Putrajaya telah tanda tangani United Nations Declaration on the Rights of Indigenous People (UNDRIP) 2007, yang mempertahanakan hak tanah dan adat mereka.

Janji Melayu

Jadi, nak elakkan konfrontasi dan kekecohan, kerajaan melaksanakan polisi, OA memasuk Islam.

Pendakwah dari Majlis Islam negeri dan JAKIM, akan menggalak OA masuk Islam. Mereka janji nak bagi rumah, letrik, bekalan air dan  elaun bulanan. Tapi mereka buat “janji melayu”. Hari ini buat janji. Esok, mungkir janji.

Ada OA yang mendakwa mereka telah di paksa, di ancam dan di tipu memasuki agama Islam. Kanak-kanak OA yang sekolah asrama,  telah tukar agama, tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapa mereka.  Beberapa orang dewasa  berkata, yang MyKad mereka, telah di pinda ke agama Islam, tanpa keizininan mereka.

Masuk Islam sinonim dengan masuk melayu.  OA di beritahu yang orang melayu, tak boleh menggembara dalam hutan, dan tak boleh memburu dan makan babi hutan.

Yang penting sekali, masuk Melayu bermakna, mereka tak ada hak menuntut, tanah adat OA lagi.

Kerajaan akan pindahkah OA ke kampung yang baru, yang jauh dari tanah adat mereka. Setelah pindah dari hutan ke kampung, kerajaan selalunya, lupa tentang kebajikan mereka. Macam mana mereka nak hidup? Takde sumber makanan, takde pekerjaan, takde ayer dan tak boleh masuk hutan nak cari tanaman, yang boleh di jual.

Lama kelamaan OA  juga lupa adat resam mereka, termasuk bahasa dan cara kebumian mereka.

Setelah OA di pindah ke kawasan baru, kroni akan menerima permit balak, atau permit menggali logam.

Pencerobohan tanah adat OA

Bermulalah secara besar-besaran, pencerobohan tanah adat OA. Pokok besar akan di tebang, sebelum kawasan di bersihkan untuk ladang kelapa sawit, atau getah. Kurang dua tahun, pokok besar dah tak ada, cuma dapat benih kelapa sawit, dan sungei yang keroh. Ladang kelapa sawit sunyi, macam kubur. Takde bunyi binatang atua pun burung.

Kerajaan telah bersubahat dengan kroni. Semua happy. Tokay jadi kaya, dan boleh dapat gelaran datuk.

Yang tak happy ialah OA. Mereka  kehilangan adat resam, agama tradisi dan cara hidup mereka, yang telah turun temurun bergenerasi.

Tanya lah masyarakat Penan dan Iban, yang juga di halau dari tanah adat mereka di Sarawak.

Sama dengan aborogine di Australia, Red Indian di Amerika Syarikat dan Canada, dan pelbagi lagi Orang Asal di Brazil.

Agama OA, adalah agama kerohanian yang menghormati alam semulajadi. Tradisi tanaman bergilir, ada kaitan dengan alam roh.  Nilai moral mereka, terbaik sekali.

OA adalah bumiputera yang tulin. Mereka hidup secara aman dan tak kacau orang lain.

Kerajaan tidak patut nak ubah cara hidup, agama dan dan tradisi OA. Lagipun, perlembagaan Malaysia menyatakan yang OA bebas mengikut agama nya.

===========================================================

NB: Ramai orang sedar yang “masuk Islam” tidak semestinya bermakna “masuk Melayu”.

Mungkin juga kerajaan ambil kesempatan supaya sesetengah puak-puak senang di kawal.

Mungkin ada orang yang tidah tahu perbedzaan nya  atau pun mereka berpura-pura yang mereka tidak tahu.

Komen
0Shares

Leave a Comment