Siapa penceroboh di tanah kawasan Kampung Cunex? Orang Asli atau Kerajaan Negeri Perak?

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah berkata *”Melayu mudah lupa”. Salah satu orang yang kuat lupa ia lah Mentri Besar (MB) Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ahmad Faizal ia lah di Chenderiang dimana terdapat 22 peratus pengundi Orang Asli (OA). MB lupa yang ia memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis, hanya 39 undi. Ini mungkin hasil kemenangan dari sokongan kaum OA. Tapi, setelah ia menang, dia lupa semua jasa baik OA.

Pada bulan Mei, MB telah tuduh OA Temiar di Kampung Cunex, Perak, menduduki tanah secara haram.

MB mudah lupa. OA duduki tanah adat dan tanah nenek moyang mereka.

Lepas itu, MB menghina OA dan berkata, “Ini bukan negara koboi, kita mempunyai undang-undang. Jika ada orang menceroboh tanah kerajaan tanpa mengambil kira peraturan undang-undang, saya akan mengambil tindakan yang sesuai.”

Tetapi yang perangai koboi ialah MB. Polis diarah robohkan bloked OA yang dibuat untuk menghalang pembalak yang menceroboh tanah mereka.

Semenjak Februari, pembalak telah memusnahkan hutan dan tanah OA di Cunex. OA terancam dan diserang oleh pembalak. Walaupun Penduduk Cunex membuat laporan polis, tiada tindakan diambil.

MB mudah lupa. Dia mula hina OA November tahun lepas, dan berkata mereka mempunyai budaya meminta-minta.

MB tetap salah kerana masyarakat OA sudah berdikari beribu-ribu tahun. Mereka tak kacau orang, tak curi tanah, tak menceroboh kawasan orang, dan tak nak berperang. Sebaliknya, kerajaan negeri yang menceroboh kawasan mereka.

Tindakan kerajaan, baik pun Umno-Baru/BN atau Pakatan Harapan, memberi kesan buruk pada masyarakat OA.

Pertama: Kesihatan

Bila jatuh sakit, kita beli ubat di Farmasi Guardian atau pun Farmasi Watson, dan mungkin pergi jumpa doktor.

Tetapi, OA jauh dari bandar atau klinik. Mereka guna ubat tradisional, dari akar, daun, bunga atau kulit kayu. Sebagai contoh Ulam Mak Wan diguna untuk batuk, akar tanaman Jarak Belanda direbus dan airnya diminum untuk cirit birit. Kalau hutan ditebang dan tanaman hilang, OA hilang sumber ubatnya. Bukan saja itu, pakar tak boleh menganalisa tanaman-tanaman dan herba-herba yang penawar bagi penyakit seperti kanser, parkinson dan HIV/AIDS.

Anda minat guna tongkat Ali, tetapi buat tak peduli ubat tradisional OA.

Kedua. Persekolahan.

Sanggup kah anda hantar anak anda kesekolah asrama di mana sikap guru dan peraturan dalam asrama tidak diketahui? Dalam kejadian Sekolah Pos Tohoi pada 2015, tujuh kanak-kanak hilang selama tujuh minggu dan lima deripada mereka meninggal dunia. Mereka lari kerana didera guru. Sehingga sekarang, tiada tindakan diambil terhadap guru, guru besar, penolong sekolah dan juga pengarah Kementerian Pelajaran di Kelantan.

Jangan salahkan OA kalau mereka khuatir hantar anak mereka kesekolah asrama. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik patut buka balik kes ini dan pertingkatkan semua taraf sekolah OA.

Tempat mandi yang di buat. Tidak ada tempat khas untuk perempuan dan lelaki.

Mahukah anda mandi di tempat mandi ini?

Ketiga: Keperluan air

Anda dan saya, ambil air dari pili. Bekalan air OA dari sungei berhampiran kampung mereka. Airnya jerneh dan penuh ikan. Tetapi bila syarikat balak atau lombong de beri permit membalak atau melombong, (atau pun berbuat demikian secara haram) air sungei dicemari.

OA tak akan selamat minum atau bermandi dalam air keroh ini. Kalau air di minum atau diguna mandi, mereka jatuh sakit atau dapat penyakit kulit.

Tanah rebak di satu kampung.

Keempat. Infrastruktur

Kerajaan pindahkan OA dari tanah adat mereka kekampung lain, supaya tanah adat mereka boleh di balak atau di jadikan ladang kelapa sawit.

Terdapat banyak aduan tentang infrastruktur kampung baru ini. Tiada bekalan air atau lektrik. Jambatan tak selamat, jalan tak lengkap.

Kerajaan tak fikir dengan sepenuhnya tentang keperluan OA. Seumpamanya, *tempat mandi umum macam ni. Tiada sesiapa nak guna. Buat buang duit .

Kelima. Masuk Islam

Terdapat dakwaan yang OA digalak memeluk Islam dan diberi wang, rumah, dan berbagai insentif. Ini salah dari segi moral, humaniti, peribadi, undang-undang dan agama. Sepatutnya tiada paksaan dalam agama. Tapi dengan memeluk agama Islam, senang kerajaan hentikan cara budaya hidup OA dan kawal mereka. Kerajaan bebas buat apa sahaja dengan tanah adat mereka.

Kehidupan kita berbeza dar budaya OA. Bila nak bahan masak atau makan, kita pergi shopping. Tetapi OA berkebun, dan dapati protein dari memancing ikan atau memburu binatang hutan, seperti rusa, monyet dan babi hutan. Mereka kongsi tangkapan mereka sesama keluarga yang lain. Jadi tiada pembaziran.

Tanah pusaka nenek moyang di jaga supaya cucu-cicit mereka dapat menikmata dan mengamalkan cara hidup di alam sekitar.

Tetapi tindakan *kerajaan dan syarikat balak memusnahkan hutan alam semulajadi. Setelah semua pokok habis dibalak, tanah diratakan untuk ladang kelapa sawit. Binatang akan lari dari kawasan itu. Tanaman dan herba juga tak boleh tumbuh. Macam mana OA nak hidup?

Permit diberi syarikat, tetapi hak OA tidak dihormati.

Bagi mereka yang kuat lupa, hutan itu satu cara membuat wang.

Dengar lah pesanan Tijah Yok Chopil.

Jadi MB, soalan nya. Siapa yang mencerobohi tanah kawasan Cunex?

===================================================

NB: Terima kaseh ke media (mainstream dan alternatif), COAC, dan pelbagai NGOS, termasuk Perak Today untuk berita dan repot.

Komen
0Shares

Leave a Comment