Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dan Pengerusi FELDA, Shahrir Abdul Samad, yang juga Ketua Umno-Baru Bahagian Johor Bahru, suka buat ancaman palsu dan bangkitkan sentimen perkauman.
Mengapa mereka nak menakutkan orang Melayu?
Mereka kata, yang parti pembangkang, nak hapuskan badan insitusi kepentingan orang Melayu, seperti Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, MARA dan Felda.
Ini satu peringatan untuk Najib dan Shahrir.
Pada zaman tok nenek kita dulu, mereka boleh ler temberang.
Masa dulu takde internat. Sekarang zaman internet, dan kita bukan bodoh ya?
Dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC), suami pada Ketua Wanita Umno-Baru, yang ambik duit rakyat. Sepatut nya duit rakyat, di beri penternak haiwan, untuk membela lembu.
Bukan DAP yang ambik duit tu. Orang Melayu yang ambik.
Dalam skandal pembelian hartanah* di Melbourne, di Australia, siapa yang salah gunakan duit rakyat? Orang Melayu dalam MARA. Bukan orang dari DAP, atau Melayu parti pembangkang.
MARA ada berjuta-juta ringgit untuk beli bangunan, tapi satu sen pun takde nak bagi biasiswa untuk pelajar, menuntut university luar negara.
Berbillion ringgit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), wang dari gadaian ladang Felda, dan Tabung Haji, didakwa hilangm begitu sahaja.
Wang untuk pergi haji, wang untuk pesara, wang untuk peneroka FELDA, lesap macam itu saje.
Adakah wang ini di guna untuk bayar hutang 1MDB?
Pada awal bulan April, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Raja Mohamed Affandi, Raja Mohamed Noor, menyeru tentera dan polis bersyukur dan setiaterhadap Najib dan kerajaan.
Memang dia salah. Selepas di kutuk orang ramai, Jeneral berpendapat, yang kesetian tentera, hanya pada raja dan negara.
Bukan saje institusi Melayu yang musnah. Agensi dan kementerian pun lingkop kerena orang Melayu tak tahu mengurus. Tapi curi duit, pandai.
RM107 juta yang hilang dari Kementerian Sukan, di curi oleh pegawai Melayu. Bukan DAP yang curi.
Siapa menteri Sukan? Orang Melayu kan?
Dalam pembelian kapal selam Scorpene, siapa yang dapat komisyen yang berratus juta ringgit. Orang Melayu.
Menteri Perhananan, orang Melayu, kan?
Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, diguna untuk mengugut dan menekan rakyat.
Dalam PRU-14 ni, Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dan Registrar of Societies
(ROS) di guna, untuk mencuri hak demokratik rakyat.
Siapa yang jaga semua institusi ni? Melayu kan?
Bukan orang DAP atau ahli parti pembangkang.
Siapa yang lelong tanah Malaysia kepada negara Komunis Cina? Pemimpin Melayu Umno-Baru.
Selepas 60 tahun, nama baik Malaysia di cemar. Malaysia di gelar negara rasuah. Negara kleptokrasi yang di pimpin oleh pencuri and penjenayah.
Siapa perdana menteri? Siapa yang menghancurkan institusti kepentingan Melayu, dan juga name baik Malaysia?
Melayu kan?
Bukan Orang Melayu dari parti pembangkang, tapi orang Melayu Umno-Baru.
Melayu Umno-Baru, yang hancurkan institusi Melayu dan memburukan nama baik Malaysia.
Jangan lupa. Keluar undi dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.
Leave a Comment