Lily Musa senaraikan fakta ia tidak setuju Dr Maszlee di lantik Menteri Pendidikan. Ini di terima dari sosial media.
=================================================================
Satu: Perhubungan erat di antara Dr Maszlee dan beberapa orang DAP jelas menimbulkan syak wasangka.
Adakah sekolah kebangsaan jenis Cina akan mendapat lebih perhatian?
Dua: Adakah Dr Maszlee, yang dikaitkan dengan Ikhwan, atau dalam Bahasa Inggeris Muslim Brotherhood (iaitu kumpulan extremis dari Timur Tengah) benar-benar mampu memimpin Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi memandangkan beliau langsung tiada latarbelakang dalam subjek-subjek yang memerlukan kapasiti pemikiran yang jauh berbeza dengan pemikiran keagamaan, contohnya pemikiran saintifik atau kejuruteraan.
Tiga: Memandangkan Dr Maszlee dikatakan ada kaitan dengan Salafi, tidakkah ini akan menimbulkan kecelaruan sekiranya pemikiran Salafi ini diserap masuk ke pelajaran dan pengisian matapelajaran di sekolah?
===================================================================
LILY MUSA ialah pembaca Mengelamatkan Malaysia.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi portal ini.
Leave a Comment