Tahniah kepada Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail ! Semoga kajian nya mendapat banyak lagi kejayaan seterusnya!
Selama 10 tahun yang lepas, saintis ini, yang dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), telah menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) ke atas madu. Baru baru ini, ia telah memenangi anugerah L’Oreal – Unesco Fellowship For Women In Science (FWIS) untuk usahanya yang telah menghasilkan kajian berinovatif dan bermanfaat kepada masyarakat.
Kajian nya berdasar madu untuk menghasilkan makanan tambahan kesihatan (suplemen) berbentuk dos kapsul, yang hanya mengandungi madu asli bagi menangani masalah obesiti. Penyelidikannya meliputi semua jenis madu yang terdapat di Malaysia termasuk madu kelulut dan madu lebah tualang. Dengan hanya mengambil madu asli, selera makan seseorang boleh dikawal dan seterusnya masalah obesiti dapat ditangani.
Prof Wan Iryani berkata, “Madu merupakan antara benda paling mudah, murah dan tidak mempunyai kesan sampingan. Ia mengandungi khasiat lengkap untuk memberi tenaga kepada tubuh badan. Namun ada yang mempertikaikannya dengan menyatakan madu itu manis dan mereka dapat penyakit diabetes setelah makan madu. Tetapi itu madu tiruan.
“Kita juga telah buat eksperimen ke atas tikus makmal dan ia menunjukkan tikus yang diberi madu asli semakin kurus dan sihat, tetapi yang diberi madu tiruan semakin gemuk dan mempunyai banyak penyakit.”
Menurut Prof Wan Iryani, ada tiga kaedah untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan selain ujian makmal dan mesin. Ia nasihat yang masyarakat boleh gunakan rasa, bau dan penglihatan, untuk membezakan antara madu asli dan tiruan.
“Madu asli mempunyai rasa dan bau khas seakan-akan tumbuhan dan bunga, manakala madu tiruan berbau air gula dan tengik serta rasanya terlampau manis. Madu tiruan juga warnanya lebih lutsinar dan jelas tidak seperti madu asli yang lebih keruh sebab mengandungi bahan-bahan aktif”.
Dengan geran RM30,000 yang di terima, ia akan teruskan kajian nya, dan menguji suplemen madu asli itu ke atas manusia serta mengenal pasti jumlah dos yang diperlukan untuk mengawal obesiti.
Ia berkata, “Kita akan beri suplemen ini kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan kita akan tengok bagaimana madu memberi tindak balas di dalam badan manusia. Saya hendak kaji bagaimana bila kita makan madu ia merangsang sel-sel lemak kita, itu tiada sesiapa pun tahu.
“Kita juga akan lihat pengambilan dos suplemen itu, sama ada untuk diambil tiga kali sehari, sekali sehari atau sebagainya.”
Tahniah Prof Wan Iryani!
Masyarakat juga harap kajian akan di buat keatas alat yang dapat mengesan madu asli atau tiruan yang mampu dibeli orang ramai.
Leave a Comment