Pada hari Jumaat 15 hb Mac, prosiding rayuan, bekas PM, Najib Abdul Razak, di dalam Mahkamah Rayuan, terpaksa di henti sementara kerana Najib telah hilang.
Kesemua peguam, serta panel tiga orang hakim, tidak sedar yang Najib tiada dalam bilik mahkamah. Ia telah keluar ke tandas tanpa memberitahu sesiapa, termasuk peguamnya.
Pengerusi panel hakim terpaksa memerintahkan prosiding ditangguhkan sehingga Najib pulang dari tandas.
Ketika ditemui selepas prosiding, peguam dia, iaitu Muhammad Shafee Abdullah, berkata yang Najib, oleh kerana ia bukan peguam, telah senyap meninggalkan kamar, supaya ia tidak mengganggu prosiding. Dia kata, Najib tak tahu, tak boleh keluar bilik, walau seminit pun, tanpa minta kebenaran.
Yang pelik tu, polis tak larang dia keluar dari bilik mahkamah. Takan polis tak tahu prosedure mahkamah? Mungkin polis dah lupa Najib bukan lagi PM?
Empat tauladan
Saya tak ingin nak cakap tentang kedua-dua mereka, iaitu Shafee dan Najib, tetapi ada empat perkara yang perlu di bincang, tentang tata tertib, pergi ke tandas.
1. Minta izin sebelum keluar bilik
Apabila saya, dan juga anda, bersekolah kat Malaysia, semenjak kita budak kecil dulu, semasa dalam tadika, kita dididik, kalau nak pergi ke tandas, kena angkat tangan dan minta izin dengan cikgu.
Tindakan tertib, yang merupakan adab inilah, yang kita ikuti sehingga kita sudah jadi tua.
2. Siapa boss?
Kalau kita naik kapal terbang, kuasa yang tertinggi di pegang oleh juruterbang, iaitu pilot. Kita mesti ikut perintah nya.
Sama juga dalam mahkamah, kuasa yang amat besar di pegang oleh Hakim. Kalau bekas presiden atau pun CEO atau Tan Sri atau raja atau jutawan, masuk kamar mahkamah, mereka tak boleh buat sesuka hati. Ada peraturan nya. Mereka yang kurang hormat pada para kehakiman, menghina mahkamah.
3. Urus masa dengan sempurna
Semasa di sekolah, kita di ajar pergi ke tandas dulu sebelum melakukan kerja atau urusan yang penting. Nak tengok wayang, kita pergi tandas sebelum wayang di tayang. Kalau tahu perjalanan kereta akan ambil beberapa jam masanya, kita pergi ke tandas dulu. Mana lah tahu, mungkin dalam perjalanan tu, tak jumpa tandas awam.

angkasawan juga guna lampin
4. Elak gangguan dalam urusan kita
Jikalau kita tak mahu sebarang kegangguan dalam urusan kita, ada beberapa taktik yang boleh di gunakan. Orang seperti angkasawan, ahli sukan, pemandu lori, pesakit yang sakit pundi kencing atau mereka yang ada masalah lemah kawalan kencing, selalu guna benda ini.
Gunalah lampin dewasa lelaki untuk kebocoran air kencing.
Tengok demonstrasi ini. Lampin boleh menyerap lebih kurang 4 cawan air. Minum lah sepuas2 hati. Tak bocor pun. Best kan?
Ada banyak manfaat lampin dewasa lelaki.
Kalau dalam meeting, tak payah berhenti pergi ke tandas. Lampin dewasa tak bocor. Ia takkan jatuh keluar dari spendar. Ia senang di pakai dan lampin yang spare, boleh di masuk dalam poket atau briefcase.
Sesiapa yang guna lampin dewasa, tak payah pergi ke tandas dan ganggu orang lain. Tak kisah lah, dalam exam, tengah bawa kereta, semasa tengok wayang atau, dalam perbicaraan dalam mahkamah.
Takde gangguan dan kita boleh fokus minda. Best kan?
Leave a Comment