Terima kaseh PDRM

Saya ingin mengucapkan terima kaseh, pada seluruh rakyat Malaysia, dan semua orang yang pergi undi, yang berjaya melantik kerajaan baru di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Tapi saya ada ucapan tahniah yang khas untuk Polis Di-Raja Malaysia. Ini dari kawan-kawan yang telah mengundi dan mereka yang bertugas sebagai Polling dan Counting Agents (PACA)

Semasa PRU-14, anggota polis telah menjaga keselamatan negara. dan kesejahteraan masyarakat dengan penuh professionalisme.

Tahniah pada kebijaksanaan IGP, Fuzi Harun, dan anggota PDRM.

Pada hari mengundi, rakyat telah menunaikan tanggung jawab dan hak demokrasi mereka.

Kami tidak di pengaruhi berita angin, tentang kekecohan yang mungkin berlaku, tetapi kami risau juga, kerana pada masa dulu, ada insiden bila samseng pemuda Umno-Baru, suka mengamuk dan membuli rakyat biasa. Mereka berbuat demikian, kerana  marah parti pembangkang yang dulu.

Anda mesti ingat, yang Umno-Baru suka takutkan orang ramai dengan keulangan-nya tragedi 13 Mei.

Pada pilihan raya ni, dedikasi dan tanggung-jawab anggota polis, telah memulangkan keyakinan kami, pada PDRM.

Kami hormati patriotisme mereka, dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua anggota PDRM kerana menjaga keselamatan rakyat.

Komen
0Shares

Leave a Comment