Kadang-kadang saya dengan jujurnya bertanya, adakah MP Marang dan Presiden PAS, Hadi Awang, percaya retoriknya sendiri? Kata-kata yang keluar dari mulut Hadi bukan sahaja begitu dangkal tapi amatlah palsu. Kali ini, Hadi telah membuat dakwaan yang, jika orang Islam memerintah sesuatu negara, ia akan sentiasa selamat. Bagaimanakah seorang yang bergelar ‘ulamak’ (maksudnya ‘orang-orang berilmu’) boleh membuat dakwaan sebegini? Hadi pula ulamak ketiga tertinggi dalam senarai ulamak-ulamak ‘top’ di dunia. Mungkin senarai itu sendiri buat, sendiri angkat agaknya?
Dakwaan Hadi amatlah palsu. Dalam sejarah Islam, terdapat bukan satu tetapi banyak negara Islam. Semuanya sebelum era pasca penjajahan Barat telah hancur. Mari kita teliti senarai ini:
- Khulafa Ar-Rasyidin (tiga daripada empat khalifa dibunuh orang Islam sendiri. Khalifah terakhir juga terpaksa berperang dan membunuh rakan-rakan sahabatnya sendiri)
- Khilfah Umayyah – digulingkan oleh golongan Abbasiyah sehingga darah mengalir seperti sungai
- Khilafah Abbasiyah – empayar mereka berpecah dan akhirnya dilenyapkan tentera Mongol
- Khilafah Uthmaniyah – sultan-sultan mereka menculik wanita untuk dijadikan gundik and membunuh saudara-mara sendiri untuk merampas kuasa
- Empayar Mughal di India – dipecah-belahkan oleh penjajah British dan sultan terakhir mati dalam penjara
Adakah negara-negara ini selamat dipimpin orang Islam? Sama sekali tidak! Mereka semua dijajah dan dihancurkan oleh kuasa-kuasa lain. Malaysia pun, walaupun dipimpin umat Islam sejak merdeka, penuh dengan masalah. Rasisme, kronisme, penindasan golongan agamawan – itu semua petanda selamat? Minggu lepas, seorang Melayu-Islam yang bapa kepada lapan orang anak telah membunuh diri kerana elaunnya dipotong oleh pejabat Zakat! Selamat ke tu?
Jika Hadi mahu negara kita dipimpin oleh prinsip Islam, saya cadangkan dia usulkan supaya konsep bumiputra diperluaskan kepada semua Rakyat Malaysia. Itulah prinsip Islam yang sebenarnya. Beranikah Hadi membuat usul begitu dan dibenci oleh golongan Melayu ultra? Sudah tentu tidak! Hadi ialah ulamak ‘fake’ yang menunggang agama Islam untuk kepentingan sendiri.
Kalau mahu negara kita dipimpin Islam, saya syorkan kerajaan buat begini. Semua pemimpin patut tampil ke hadapan dan memberi senarai aset-aset mereka dan juga ‘cable’ mereka dengan ahli-ahli korporat. Itulah kemimpinan Islam yang telus. Kalau mahu Islam, buatlah yang Islamik. Bukan Islam pada nama saja.
==================================================================
Pandangan peribadi Farouk A Peru, Islamologist dan penulis.
Leave a Comment