Orang Melayu patut menanya pemimpin mereka, tujuh soalan di bawah ni.
Satu. Selepas 61 tahun, orang Melayu masih lemah, berbanding dengan rakyat yang bukan Melayu. Mengapa?
Pemimpin anggap orang Melayu itu bodoh dan malas, tapi sebenarya, pemimpin yang tak pandai memimpin.
Jurang kekayaan dalam masyarakat Melayu, jauh lebih luas daripada komuniti yang lain.
Kebanyakan orang Melayu, “kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang,” tetapi Melayu yang ada kabel ke atas, memperkayakan diri mereka dengan duit rakyat, dan senang dapat kontrak kerja.
Kebanyakan orang Melayu kaya ini, bukan lebih pandai atau bekerja keras. Mereka untung, kerana kabel ini.
Dua. Adakah benar, jika “tindakan afirmatif” dibuat berdasarkan keperluan, dan bukan pada kaum, peruntukan bagi orang Melayu yang miskin, akan meningkat?
Setiap kali pelajar yang kaya, menerima peruntukan biasiswa, bermakna kurang satu tempat untuk pelajar miskin. Biasiswa harus diberi pada keluarga miskin sahaja.
Melayu miskin diberi diskaun untuk membeli saham. Kebanyakan kita tak faham pasaran saham dan walaupun kita faham, takde wang simpanan, nak beli saham. Yang beruntung, Melayu kaya, bukan yang miskin.
Begitu juga dengan perumahan. Diskaun pembelian rumah, patut diberi berdasarkan keperluan. Yang miskin hanya mampu beli satu rumah. Diskaun tak patut diberi pada Melayu kaya, yang mampu banyak rumah.
Tiga. Pemimipin suka tuduh orang Cina Malaysia, sebagai musuh kita, bahawa mereka mencuri dari orang Melayu dan kalau tak ada Umno-Baru dan PAS, orang Melayu akan pupus.
Ketua polis dan kehakiman semua nya Melayu. Bekas menteri yang jual tanah di KL dengan harga murah, kepada syarikat PRC (Republik Cina Merah), adalah orang Melayu. Bekas ketua-ketua yang curi duit dari Tabung Haji, FELDA, MARA dan lain-lain institusi kerajaan, semua-nya Melayu. Melayu yang beri perintah memotong balak hutan. Yang pakai kereta dan motorsikal mewah, dan beli isteri kedua atua ketiga, rumah mewah, semua nya melayu. Yang merompak duit rakyat sebanyak RM2.6 billion, orang Melayu.
Cuba terangkan, siapa musuh yang sebenarnya.
Empat. Mengenai pendidikan. Mengapa semakin ramai orang Melayu memasuki anak mereka dalam Sekolah Cina, dan bukan Sekolah Kebangsaan?
Dalam sekolah kebangsaan, agama dipentingkan dan subjek seperti sains, matematiks, Inggeris, sejarah dan ilmu alam, diketepikan, walaupun subjek ini memudahkan pelajar untuk cari makan.
Bekas Menteri pendidikan telah menyatakan yang Malaysia mempunyai pendidikan terbaik dalam dunia. Jadi mengapa ahli politik dan Melayu kaya, hantar anak mereka, ke sekolah swasta atau antarabangsa, dan universiti di luar negara?
Lima. Ini soalan untuk Pemimpin Agama: Mengapa pengajaran Islam yang diamalkan di banyak negara Islam yang lain, seperti Indonesia, lebih progresif dan terbuka, daripada yang didapati di Malaysia?
Surah Al Baqara 256 menyatakan: Tidak ada paksaan dalam agama.
Pemimpin anggap kita lemah kepercayaan agama. Mereka larang tanda salib, dan melarang kita menyampaikan ucapan sambutan raya orang yang lain agamanya. Kita sudah hilang sikap bertolak ansur.
Kaum wanita ditekan. Kanak-kanak bawah umur, boleh dikahwinkan. Tetapi, pemimpin agama tutup mata dan mulut, bila pemimpin melayu tipu, curi duit rakyat, dan terima duit rasuah.
Enam. Pemimpin tuduh kita sikap malas, dan sentiasa nak pertolongan dari kerajaan. Mengapa mereka suka serahkan tongkat pada kita?
Sebetulnya, pemimpin tak mahu kita berfikir untuk diri sendiri dan berdikari, kerana ini akan menyebabkan pemimpin hilang kuasa, kerana kita tak perlu bergantung kepada mereka.
Tujuh. Generasi yang lebih tua tak kisah apabila bergaul bersama kaum yang bukan Melayu. Adakah ini akibat sistem persekolahan?
Walupun nenek kita, tidak pakai tudung, imannya tetap kuat. Generasi mereka tak buat kekecohan, bila bergaul dengan orang kafir. Apa terjadi pada toleransi dan keagamaan kita, pada masa sekarang ni?
Orang Melayu di Sarawak dan Sabah lebih berharmoni. Di semenanjung pulak, kita telah dipergunakan dalam politik perkauman, supaya pemimpin dapat merebut kuasa.
Pemimpin tidak boleh menipu kesemua kita, pada seluruh masanya.
Pemimpin patut terangkan mengapa mereka telah gagal menolong orang Melayu, dalam ekonomi, moral, pendidikan, keagamaan dan tingkah laku, selepas 61 tahun kepimpinan mereka.
Leave a Comment