Tarikh pilihan raya belum di umumkan, tetapi satu parti sudah mula kempen, untuk memancing undi.
Beras, chokolat, milo, susu bayi dan juga wang.
Ini korupsi.
Jangan tutup mata pada rasuah. Hapuskan gejala ini dari mula-mula lagi.
Rasuah macam penyakit barah. Kalau tak di bedah, ia akan merebak ke seleruh badan. Seperti dah berlaku dalam Umno-Baru.
Sebenarnya, parti Umno-Baru masa sekarang ni, bukan macam parti Umno, zaman dulu.
Mereka yang masuk Umno-Baru, berniat nak pegang jawatan. Nak ada kuasa. Nak jadi kaya.
Mereka tak ingin berkhidmat pada rakyat, atau negara. Mereka hanya pentingkan diri sendiri.
Mereka beri alasan nak memajukan orang Melayu, tapi, mereka cuma memperbodohkan orang Melayu.
Presiden Umno-Baru, sudah mengaku yang “Cash is King”. Dia menghambakan orang Melayu pada duit.
Pemimpin Umno-Baru terkenal dengan sikap mengancam, menipu, menyamun dan mencuri.
Ada yang mengganggap korupsi tu perkara biasa saje. Mereka kata, “Kalau pemimpin boleh buat, saya pun boleh juga.”
Apa terjadi pada maruah Melayu?
Rasuah senang dihapuskan.
Tumbangkan Umno-Baru/BN dan PAS, dalam Pilihan Raya Umum.
Bila Umno-Baru lemah, ia mempergunakan PAS.
Bila Umno-Baru kuat, PAS di tendang keluar.
Pemimpin PAS sekarang lemah. Tak macam parti PAS, di bawah pimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kuasa pada tangan anda.
Tubuhkan kerajaan baru yang utamakan anti-korupsi.
Keluar mengundi dalam PRU-14, dan selamatkan Malaysia.
Korup, korup dan korup…
(NB: Sila kongsi gambar barangan yang di beri untuk memancing undi sebelum tarikh PRU-14 di umumkan.)
Leave a Comment