Umno-Baru masih memperbodohkan rakyat dengan hutang negara yang mereka kata, “boleh di kawal”.

Hutang negara Malaysia,  sebanyak RM1 trillion, dan rakyat sengsara pikul beban hutang. yang terlampau tinggi ini.

Tabung Harapan Malaysia, yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan, memberi peluang, pada rakyat yang cinta negara, dan ingin bantu kerajaan, selesaikan hutang ini. Sesiapa yang mampu, boleh derma secara sukarela.

Beberapa hari selepas pengumuman di buat, pemuda Umno-Baru, mempersoalkan penubuhan Tabung ini. 

Malang nya, pemuda Umno-Baru masih, nak memperbodohkan rakyat.

Pemuda Umno-Baru kata hutang negara takde masaalah

Ketua Pemuda Umno-Baru, Khairy Jamaluddin berkata, “Bagi saya beban hutang ini walau nampak besar tapi memang dapat dikawal, sebelum ini pun kita ada perancangan untuk pengurusan (membayar) hutang tersebut”.

Umno-Baru masih tak sedar, yang hutang ini, disebabkan ahli2 Umno-Baru/BN yang tidak bertanggung jawab, dan tidak bersuara, semenjak tahun 2009, tentang masaalah hutang negara, yg makin melambung dan tak terkawal.

Betul ke Umno-Baru/BN ada perancangan? Perancangan yang mana tu?

Ada yang di namakan perancangan?

Adakah perancangan ini untuk minta derma, dari Pak Arab? Atau penjualan aset, tanah milik kerajaan dan tanah Felda?

Mungkin juga, perancangan mereka ialah meminjam wang dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji?

Ada kah kenaikkan GST, cukai pendapatan, dan tol, serta pinjaman dari negara China Merah, dimaksudkan perancangan Umno-Baru/BN?

Bukan KJ tak tahu. Hutang negara melambung, kerana projek2 BN tidak mengikut proses, takde “open tender”, syarat2 kontract yang mengelirukan, sebut-harga yang tak senonoh, pembelian dan penjualan aset atau/tanah yang tidak telus, pelaburan hantu, serta kehilangan pelaburan.

Malaysia masuk , selepas melaburkan berbilion-bilion ringgit dalam projek infrastruktur yang besar, atas petunjuk dan janji negara itu.

KJ pandai buat bising dan persoalkan pasal Tabung Harapan tersebut, walaupun rakyat nak derma wang, tanpa di paksa.

 

 

 

 

Masa dulu buat diam, dah kalah baru nak buat bising

Yang pelik nya, dia tak berani, dan mungkin malas, nak persoalkan, bekas bos nya, Najib Abdul Razak, yang melibatkan seluruh Malaysia dalam pelbagai skandal kewangan, yang berbilion-bilion ringgit.

Dia senyap, bila Najib paksa rakyat bayar GST. Dia hilang suara, bila Najib dan Rosmah Mansor, rompak duit rakyat.

Yang KJ buat bising la ni, saje nak menunjuk kelayakan nya, sebagai presiden, dalam tandingan memilih jawatan tertinggi, parti Umno-Baru, pada 30 June.

Bukan KJ saje yang boleh buat persoalan. Rakyat nak tanya. Kemana pergi, duit RM107 juta, yang lesap semasa dia Menteri Belia dan Sukan? Mana penjelasan dan laporan siasatan, skandal ini?

Dua minggu lepas, RM120 juta di rampas, dalam serbuan polis, di rumah Najib.

Mungkin polis patut siasat, kediaman semua anggota tinggi Kementerian Sukan dan Belia, serta bekas menteri-nya.

Kuman di seberang KJ nampak, tapi bangkai gajah di depan mata, ia buat buta.

Komen
0Shares

Leave a Comment