Orang Perak tidak undi ahli Parlimen dan Adun Umno-Baru, secara proksi (proxy). Kita undi Pakatan Harapan tapi sekarang Umno-Baru hendak menghina process demokrasi di Perak.
MB Perak yang baru di lantik, Ahmad Faizal Azumu, berada di tengah-tengah kumpulan “bekas” wakil dan ADUN Umno-Baru, yang telah lompat parti dari Umno-Baru ke Bersatu.
MB baru dikelilingi oleh lajur kelima (Fifth Column). Dia tak sedar ke?
Buat macam pesta
Perkara melompat parti amat serius. Tapi semua orang dalam video ini, kelihatan gembira, rioh rendah macam dalam pesta atau pasar malam.
Mereka akan bawak masuk budaya Umno-Baru dalam Pakatan Harapan. Kuman mereka akan rosakkan Harapan dari dalam.

Adun Behrang, Jamaluddin (kanan)
Bekas ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, yang melompat daripada PKR untuk menyokong Umno-Baru/BN pada 2009, diterima menjadi anggota BERSATU oleh Menteri Besar Perak, pada hari pertama ia bertugas.
MB patut hormati lah process demokrasi. Ia tidak memberi keyakinan pada pentadbiran nya.
Rakyat Malaysia telah mengambil masa 61 tahun, untuk menamatkan kezaliman Umno-Baru, pada 9 Mei.
Jangan fikir rakyat bodoh, ya.
Sebelum PRU-14, di mana Umno-Baru kalah teruk, Ahli Parlimen dan ADUN Umno-Baru tak kosa, dan tak berani, mencabar bekas PM, Najib Abdul Razak, yang terbabit dalam kes rasuah.
Bekas MB Perak, Zambry Abdul Kadir, tak mempunyai wawasan, dan tak mencipta peluang kerja, untuk belia Perak.
Pentadbiran kerajaan Perak, di bawah nya tidak cekap, tidak telus dan takde akauntabiliti.
Najib gadai tanah Malaysia, ke syarikat negara Cina Komunis.
Di Perak, tanah dan bangunan negeri, di Ipoh dan luar bandar, di jual murah pada syarikat kroni. Ada tak Umno-Baru tegur Zambry tentang perkara ni?
Mereka dari Umno-Baru melompat ke parti yang menang.
Mereka tidak mempunyai kesetiaan pada Umno-Baru, pada rakyat Perak, dan tidak taat setia pada Pakatan Harapan.
Kalau MP, dan ADUN Umno-Baru, menyertai Bersatu, lama kelamaan, rakyat tidak akan percaya pada Pakatan Harapan kerana ia tidak berbeza dari Umno-Baru/BN. Perangai Umno-Baru akan memusnahkan Pakatan.
Haramkan MP, Adun, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan Ahli Jawatan Kuasa Umno-Baru masuk Harapan.
Sebelum PRU-14, ahli Umno-Baru amat bongkak. Bila dah kalah, baru nak ikut kehendak rakyat.
Katak-katak hanya pentingkan diri sendiri, dan pocket mereka saje. Mereka melompat parti kerana mereka sedar, yang Umno-Baru sudah mati dan tidak dapat di lantik lagi. Lagipun, mereka tunggu peluang untuk memecah Pakatan, pada masa depan nanti.
Katak-katak atau pengkhianat parti, boleh memusnahkan PH, dan dalam PRU-15, rakyat tak akan pilih semula PH kerana mereka fikir Pakatan Harapan semacam Umno-Baru saje. Ini akan menghalang pembinaan semula Malaysia.
Mungkin, semua patut dipecat, dan pilihan raya negeri Perak, diadakan semula untuk Perak.
Kita tidak memilih ahli Parlimen dan ADUN Umno-Baru, secara proksi.
Bahaya perbuatan MB ini. Hari ini kawan, esok jadi lawan.
Rakyat memilih PH kerana ia akan beri kita harapan dalam masa depan kita dan anak cucu kita. Jadi, jangan mengkhianati rakyat.
Leave a Comment