Umno-Baru takut MATI

Umno-Baru takut MATI

Ya, betul. Umno-Baru takut MATI.

Huruf “M” untuk Meritokrasi, “A” untuk Akauntabiliti, “T” untuk Transparency iaitu Ketelusan, dan “I” untuk Integriti.

Kalau kita gantikan huruf “T” tu, dengan “K”, jadi, Umno-Baru takut kena MAKI.

Pemberian kontrak yang berbilion bilion ringgit

Siapa yang selalu menang kontrak besor besor tu, yang berbillion bilion ringgit tu?

Sepatut nya, kontrak di beri pada syarikat yang layak dan penuh kemahiran.

Tapi, yang dapat kontrak tu, syarikat kroni, dan juga syarikat anak dan bini menteri.

Umno-Baru tak pentingkan meritokrasi, kerana kelayakan bergantung pada kekuatan kabel ke atas.

Bayangkan ya. Bila Jambatan roboh. Jalan runtuh. Sekolah terbakar. Kematian dalam accident bas, atau pun bila penyangak mencuri duit rakyat.

Pihak krajaan cepat tuduh orang lain.

Kalau syarikat ada ikut peraturan, kalau adanya sistem dan penguat kuasaan yang ketat, jika kroni tak potong sudut. dan masuk duit kontrak kedalam poket nya sendiri, tentu sekali kejadian tak akan berlaku.

Tapi, ketua jabatan kerajaan tak akan mengaku salah. Mereka tak bertanggung jawab.

Sekarang ni, sistem ketelusan, apabila memberi kontrak pada syarikat, tidak di amalkan oleh kerajaan.

Bila duit rakyat di guna, ketelusan amat penting.

Mana pergi duit rakyat dalam MARA, MAS, Tabung Haji, KWSP, KWAP, FELDA, Petronas, dan juga NFC, dimana duit rakyat di guna beli condo, bukan beli lembu.

Menteri Umno-Baru, tak suka ketelusan. Mereka lebih suka kontrak rahsia.

Orang yang ada integriti tak curi duit rakyat, dan tak menipu rakyat.

Mereka akan buang perdana menteri dan menteri yang curi duit rakyat.

Kuasa, di tangan anda.

Keluar undi dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.

Komen
0Shares

Leave a Comment