Zahid nak lantik Shahrizat jadi menteri selepas PRU-14

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata, “Selepas pilihan raya umum, dan BN menang dua per tiga majoriti undi, saya akan berbisik pada PM Najib Abdul Razak, untuk melantik ketua Wanita Umno-Baru, Shahrizat Abdul Jalil, sebagai menteri.”

Langkah ini, ia kata, “hadiah untuk kesetiaan Shahrizat, pada parti.”

Kami tak setuju. Tindakan ini untuk “menghargai tingkah laku yang buruk”.

Zahid berkata yang lantikan Shahrizat sebagai menteri, adalah hadiah kerana ia tidak sabotaj, atau pun merajuk. walaupun tidak dicalonkan bertanding, dalam PRU14.

Agaknya, Zahid sudah lupa skandal National Feedlot Corporation (NFC), di mana RM250 juta tidak di beri pada penternak lembu. Tetapi, Shahrizat dan keluarga nya boleh beli apartment, kereta mewah dan restoran, di Kuala Lumpur dan Singapura.

Ramai orang tidak suka Shahrizat. Itulah sebabnya dia tidak dipilih sebagai calon.

Kalau Shahrizat bertanding, Umno-Baru akan “melakukan bunuh-diri politik” ia itu “committing political suicide.”

Bila suami Shahrizat nak pulangkan duit rakyat RM250,000,000?

Sepatutnya, Zahid tanya suami Shahrizat, bila dia nak pulangkan duit rakyat, untuk ternakan lembu.

Pada tahun 2008 Shahrizat di kalah oleh Nurul Izzah Anwar. Abdullah Badawi kesian padanya dan membuat dia penasihat khas, dalam jabatan Perdana Menteri.

Pada 2009, bila Najib jadi PM, dia buatkan Shahrizat senator dan ke-esokan nya, Shahrizat di lantik sebagai menteri.

Shahrizat di jadikan menteri ikut pintu belakang

Makna nya, Shahrizat masuk pintu belakang, nak jadi menteri.

Mana boleh orang yang kalah pilihan raya, di jadikan menteri?

Mana boleh orang yang tak bertanding pilihan raya, di lantik jadi menteri?

Ini merompak hak demokratik rakyat Malaysia.

Takde orang lain ke, yang jujur dan ikhlas tertinggal dalam Umno-Baru?

Rakyat bimbang, kerana dalam banyak institusi dan agensi kerajaan, seperti FELDA, SPAD dan MARA, ketuanya di lantik dari mereka yang terlibat rasuah, seperti Isa Samad dan lain lain lagi.

Sekarang ni, Umno-Baru keadaan terdesak, kerana orang yang tak dicalonkan dan yang terlibat dalam dakwaan rasuah, akan di hargai dengan jawatan menteri. Orang Inggeris kata, rewarding corruption.

Saya ada dua soalan:

Pertama. Zahid yakin benor yang Umno-Baru/BN akan menang. Ohhhh…apa yang dia tahu, yang rakyat tak tahu? Apa taktik BN untuk menang?

Kedua. Apa rahsia yang di pegang oleh Shahrizat, yang parti sebok nak buat dia menteri?

Jangan lupa. Keluar undi dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.

 

Komen
0Shares

Leave a Comment